Skip to main content

Tun Dr Mahathir Cecah Seabad

 Khamis 10 Julai 2025, 14 Muharam 1447

Apa saja yang berkaitan dengan Tun Dr Mahathir, pastinya menarik. Saya rasa terkilan jika tidak merakamkan sesuatu tentang Dr Mahathir, terutama sekali tentang angka keramat Ke-100.

Hari ini Tun Dr Mahathir sambut Hari Kelahiran Yang Ke-100. Dalam bahasa Inggeris, beliau dikatakan sebagai Centenarian dan SuperAger. 

Beliau lahir pada 10 Julai 1925 di Alor Setar sementara isteri beliau, Tun Dr Hasmah lahir pada 12 Julai 1926 di Klang. Ini bererti dua hari lagi, Tun Dr Hasmah pula akan menyambut hari lahirnya yang ke-99.

Sukacita saya rakamkan Selamat Hari Lahir Tun Dr Mahathir, dan Selamat Hari Lahir juga kepada Tun Dr Hasmah in advance.

Amat jarang orang boleh mencecah usia seabad. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sihat, fizikal dan mental.

Ketika ini Tun Dr Mahathir masih boleh berjalan tanpa tongkat serta mampu lagi menulis, bercakap dan berfikir dengan cerdas. Alhamdulillah. 

Sama ada kita Suka atau Tidak Suka dengan Dr Mahathir, tidak dapat dinafikan bahawa beliau adalah seorang Tokoh Extraordinaire yang tidak ada tolok bandingan, sama ada di Malaysia mahupun di persada dunia.

Beliau menjawat jawatan Perdana Menteri sebanyak dua kali. Kali pertama, selama 22 tahun, dan kali kedua selama hampir 2 tahun pada usia 92 tahun. Satu rekod Malaysia dan dunia. Ketika ini beliau juga merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang paling tua. 

Tidak dapat dinafikan, jasa beliau amat banyak kepada Negara, Bangsa dan Agama. 

Semasa era beliau, beberapa projek utama telah dilaksanakan. Ini termasuk projek Lebuh Raya Utara Selatan, Putrajaya, Bangunan Perdana Menteri, Masjid Putrajaya, Cyberjaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang, KL Central, Menara Telekom, Litar Lumba Sepang, Keretapi Komuter, Transit Aliran Ringan, Monorail, Menara Kembar Petronas, Kereta Proton, beberapa buah Universiti dan Kolej ditubuhkan, ITM bertukar menjadi UITM, beberapa orang jutawan Melayu telah dilahirkan dan banyak lagi. Hanya Jambatan Bengkuk merentasi Selat Tebrau tidak dilaksana semasa zaman Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi. 

Ketika mula memegang jawatan Perdana Menteri pada tahun 1981, beliau telah mencepatkan waktu  Semenanjung Malaysia 1 jam awal seleras dengan waktu Sabah dan Sarawak. Negara Singapura turut  mengikuti waktu baru ini kerana tidak mahu ketinggalan dari aspek waktu dan masa pekerjaan.

Semasa itu, saya masih lagi bertugas di LPK. Biasanya ketika tiba di pejabat ATS Pelabuhan Utara pada jam 7 pagi, hari telah pun terang. Tetapi apabila waktu dicepatkan 1 jam, saya tiba di pejabat dalam suasana masih gelap. Kereta dan motosikal masih menyalakan lampu mereka.

Beliau juga telah memperkenalkan Punch Card di semua pejabat Kerajaan untuk mengelak kelewatan kedatangan kakitangan Kerajaan. Bukan itu saja, beliau turut memastikan semua kakitangan Kerajaan memakai Name Tag bagi memudahkan orang ramai membuat aduan jika terdapat salahlaku kakitangan.

Tun M adalah Buku Sejarah Bergerak. A Mobile History Book. Beliau dilahirkan pada tahun 1925, sebelum perang Dunia Kedua, dan tahu mengenai pelbagai sejarah tanah air dan dunia. 

Selain hidup di zaman Perang Dunia Kedua, beliau turut membesar di zaman pemerintahan British, Jepun, keganasan Komunis, sebelum Merdeka, selepas Merdeka dan Pemerintahan sendiri. 

Beliau arif dengan sejarah kedatangan orang-orang asing ke Malaya di zaman British. Semuanya ada dalam minda beliau, dan tidak ada orang yang berani menyanggah beliau tentang perkara ini. 

Dr M juga kenal dengan Agong-Agong dan Sultan-Sultan lama. Agong dan Sultan-Sultan sekarang adalah ibarat anak-anak beliau. 

Beliau adalah seorang penulis yang baik dan telah menerbitkan beberapa buah buku. Buku beliau yang  paling saya gemari ialah The Malay Dilemma, yang diterbitkan selepas insiden 13 Mei 1969. Buku ini telah diharamkan di Malaysia ketika itu, tetapi saya dapat membelinya di Singapura ketika saya melawat keluarga saya di Singapura. 

Susulan surat layangnya (poison letter) mengenai Tunku Abdul Rahman dan insiden 13 Mei 1969, beliau telah dipecat daripada UMNO. Perkembangan ini juga telah membawa kepada pengunduran Tunku Abdul Rahman, dan diganti oleh Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri dan Tun Hussein Onn sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ketika zaman awalnya sebagai seorang Ahli Parlimen, beliau sering berdebat dengan Mr Lee Kuan Yew dari Singapura sehinggakan beliau digelar sebagai The Superman. Singapura adalah sebahagian daripada Malaysia pada ketika itu.

Beliau turut terkenal di persada dunia kerana pendapat dan kelantangan suaranya. Ada seorang pemimpin barat pernah berkata, Dr Mahathir tidak sepatutnya memimpin sebuah negara kecil seperti Malaysia, tetapi sepatutnya memimpin sebauh negara besar seperti Amerika. Begitulah kehebatan kepimpinannya semasa beliau menjadi Perdana Menteri kali pertama selama 22 tahun.

Dunia Arab juga kagum dengan ketokohannya. Sehingga sekarang, orang-orang Arab, termasuk di Mekah mahupun di Madinah lebih kenali Tun Dr Mahathir berbanding Perdana Menteri lain. Mereka kata Dr Mahathir bagus!

Pandangan beliau terhadap Israel tetap konsisten sehingga sekarang.

Dr Mahathir adalah seorang yang simple. Saya sering bersua beliau di Masjid Negara ketika saya masih bertugas di Eric White Associates di KL. Dr Mahathir bersolat di tempat yang sama di kawasan luar berhampiran kolam air pancut. Di situlah tempat favourite beliau. 

Beliau menjaga kesihatannya dengan mengawal makanan dan minuman, kerap bersenam, cukup tidur, sering membaca, menulis dan berfikir, sentiasa aktif dan berfikiran positif.

Semoga Tun Dr Mahathir terus diberkati dan dirahmati Allah. 

Sekiranya Tun Dr Mahathir masih diberikan kesihatan yang baik sehingga dua atau tiga tahun lagi, mungkinkah Dr Mahathir akan menyertai PRU ke-16? Jika beliau bertanding dan menang, ini satu lagi rekod pencapaian yang amat luar biasa. 

Sama-sama kita nantikan. Segala-galanya serba mungkin. Everything is Possible.

- end -

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...