Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2026

Tahun 2026 Tahun AI Robot?

Khamis, 11 Rajab 1447H, 1 Januari 2026 Selamat Tinggal Tahun 2025 dan Selamat Datang Tahun 2026. Adios and Sayonara 2025, and Welcome 2026. Jika tahun 2025 dikejutkan dengan Ledakan AI, tahun 2026 bakal menyaksikan kemunculan AI Robot pula. AI Robot dijangka akan kelihatan di kebanyakan tempat seperti di kilang-kilang industri, pejabat-pejabat, bangunan-bangunan, gudang-gudang, hospital-hospital, hotel-hotel, pusat-pusat penjagaan orang tua, pasaraya-pasaraya, kedai-kedai, jalan-jalan raya dan pelbagai tempat lagi. AI Robot ini akan kelihatan seperti jentera, mesin, manusia (Humanoid), binatang dan pelbagai bentuk lain. Mereka bakal menggantikan sebahagian tugas harian manusia bagi memudah, melancar serta mempercepatkan urusan pekerjaan, pengilangan dan pengeluaran.  Di kilang-kilang, mereka akan membantu meningkatkan produktiviti pengeluaran. Di bangunan-bangunan, mereka akan beraksi sebagai pencuci dan pengawas bangunan. Di kedai-kedai, mereka akan bertindak sebagai penyambut pel...