Khamis, 11 Rajab 1447H, 1 Januari 2026
Selamat Tinggal Tahun 2025 dan Selamat Datang Tahun 2026. Adios and Sayonara 2025, and Welcome 2026.
Jika tahun 2025 dikejutkan dengan Ledakan AI, tahun 2026 bakal menyaksikan kemunculan AI Robot pula.
AI Robot dijangka akan kelihatan di kebanyakan tempat seperti di kilang-kilang industri, pejabat-pejabat, bangunan-bangunan, gudang-gudang, hospital-hospital, hotel-hotel, pusat-pusat penjagaan orang tua, pasaraya-pasaraya, kedai-kedai, jalan-jalan raya dan pelbagai tempat lagi.
AI Robot ini akan kelihatan seperti jentera, mesin, manusia (Humanoid), binatang dan pelbagai bentuk lain.
Mereka bakal menggantikan sebahagian tugas harian manusia bagi memudah, melancar serta mempercepatkan urusan pekerjaan, pengilangan dan pengeluaran.
Di kilang-kilang, mereka akan membantu meningkatkan produktiviti pengeluaran. Di bangunan-bangunan, mereka akan beraksi sebagai pencuci dan pengawas bangunan. Di kedai-kedai, mereka akan bertindak sebagai penyambut pelanggan di samping menjelaskan barangan yang terdapat di kedai. Di rumah, mereka akan membantu penghuni membersihkan rumah, mencuci pinggang mangkuk, dan mungkin juga membantu memasak.
Di hospital-hospital, mereka akan membantu tugasan Doktor dan Jururawat. Di rumah penjagaan orang-orang tua, mereka akan membantu menguruskan para pesakit.
Mereka juga mungkin digunakan oleh Pasukan Bomba untuk membantu memadam api dan menyelamatkan orang-orang yang terperangkap dalam kebakaran.
Di jalan raya, mereka akan beraksi seperti Polis untuk mengawal lalulintas dan menyaman para pesalah tanpa rasa belas kasihan.
Di sempadan negara, mereka mungkin akan digunakan sebagai Tentera untuk mengawal perbatasan negara. Mereka juga mungkin digunakan untuk membantu melupuskan bom-bom dan menyertai peperangan bagi mengelakkan kematian atau kecederaan manusia.
Banyak lagi fungsi AI Robot ini akan dimanfaatkan oleh manusia mulai tahun 2026.
Bukan itu saja, mereka juga boleh berkomunikasi serta memahami arahan.
Jangan terkejut jika kita melihat ada orang yang membawa pet-pet mereka yang berbentuk Anjing, Kucing dan mungkin juga Monyet AI Robot, di jalan-jalan raya dan di pasaraya-pasaraya.
Dunia telah berubah dengan pesat hasil daripada kemajuan dan kecanggihan Sains dan Teknologi semasa. Kita harus manfaatkan Ledakan ini demi kebaikan dan kemajuan manusia sejagat, bukan untuk kerosakan, keruntuhan dan kemusnahan manusia dan dunia.
Beberapa buah negara seperti Amerika, Eropah, Korea Selatan, Jepun dan China dijangka akan mengeluar dan memanfaatkan bantuan AI Robot ini.
Walau bagaimanapun, AI Robot tidak mampu menyaingi dan menggantikan tugas manusia secara keseluruhan kerana mereka adalah Robot yang berfungsi berasaskan Algorithm Kompleks dan Pemprosesan Data. Fungsi mereka adalah terhad. Mereka tidak mempunyai perasaan, emosi, kreativiti dan berpandangan jauh (forward looking) seperti manusia.
Manusia dibekalkan Allah dengan otak yang mempunyai kira-kira 86 bilion Neurons (sel saraf) dan Trilion Synapses (komunikasi sel saraf) yang mampu mengingati, berfikir dan memahami suasana dengan efektif di samping menghasilkan pelbagai idea kreatif dan inovatif. Fungsi ini tidak mampu ditandingi oleh AI Robot.
AI Robot adalah kesinambungan kepada Ledakan AI pada tahun lalu.
- ends -
Comments