Seorang pemimpin mesti mempunyai tiga ciri di atas. Ia mesti berani menghadapi apa jua cabaran, ujian dan dugaan yang mendatang. Beliau mesti tegas dengan dasar, kepercayaan dan pendirian yang ditetapkan. Dan cekal melaksanakan segala perkara yang telah dirancangkan sehingga selesai dan berjaya.
Akhir-akhir ini, ketiga-tiga ciri tersebut dapat dilihat diamalkan oleh Datuk Seri Najib. Walaupun beliiau telah diasak bertubi-tubi dari kiri, kanan, depan dan belakang, terutama sekali daripada Tun Dr Mahathir, beliau tetap tegas dan tidak mahu berganjak, dan mahu terus menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul serta mahu meneruskan segala dasar pembangunan negara yang telah dirancang.
Sikap ini yang kita mahukan daripada seorang pemimpin. Bukan pemimpin yang mudah mengalah apabila didesak dan diasak walaupun ia berada di landasan yang betul. Pemimpin yang mudah tunduk tidak layak digelar pemimpin. Ia hanya layak dipanggil pengikut atau pak turut. Pemimpin mesti berani menegakkan kebenaran walau apapun aral melintang kerana akhirnya kebenaran pasti menyerlah.
Saya bukan orang politik dan bukan ahli kepada mana-mana parti politik. Tetapi, saya kagum dengan sikap keberanian, ketegasan dan kecekalan yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Najib. Walaupun saya tidak bersetuju dengan beberapa dasar yang dilaksanakan oleh Datuk Seri Najib termasuk menghapuskan Akta ISA, saya hormati beberapa dasar transformasi yang diperkenalkan untuk kebaikan semua bangsa dan negara Malaysia.
Selaku Perdana Menteri, beliau harus bertanggung-jawab, diberi peluang dan ruang untuk menyelesaikan masalah berbangkit serta terus melaksanakan dasar-dasar transformasi yang telah ditetapkan. Sekiranya beliau meletakkan jawatan sekarang, beliau tidak berpeluang menyelesaikan masalah tersebut dan memulihkan kembali reputasinya. Orang yang mengganti beliau belum tentu dapat menyelesaikan masalah berkenaan kerana Datuk Seri Najib saja yang benar-benar tahu akan perkara dan masalah tersebut.
Walau apapun, masalah tersebut mesti diselesaikan secepat mungkin. Ketua Audit Negara dan PAC mesti mengemukakan keputusan dan penilaian dengan segera. Lebih lama keputusan dibuat, lebih banyak spekulasi, khabar angin dan fitnah tersebar di dada media sosial dan akhbar utama. Selepas keputusan dan penilaian dilakukan, mereka yang bertanggung-jawab mesti didedahkan dan dibawa ke muka pengadilan serta dihukum dengan sewajarnya.
Sebelum keputusan diumumkan oleh Ketua Audit Negara dan PAC, kita perlu bersabar dan jangan menuding jari kepada sesiapa. Sesorang itu dianggap tidak bersalah sehinggalah ia dibuktikan bersalah. A person is presumed innocent until proven guilty.

Comments