Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

Nanyang Siang Pau Sudah Melampau

Selasa, 11 April 2017 - Dua hari selepas DS Hadi Awang membentang RUU355 pada 6 April, akhbar Cina Nanyang Siang Pau telah menerbitkan sebuah Karikatur (Kartun) yang menggambarkan dua ekor monyet di atas sebatang pokok bernama RUU355. Seekor monyet bersongkok dengan label Speaker dan seekor monyet lagi berserban dengan label Hadi Awang. Karikatur itu jelas menghina mereka berdua sebagai monyet. Karikatur ini sungguh biadap. Ia benar-benar merobek hati nurani dan sensitiviti orang Melayu Islam. Ia boleh saja mengkritik pembentangan RUU355 itu, tetapi tidak sehingga menghina mereka berdua sebagai monyet di atas pokok. Sebagai sebuah akhbar yang telah lama bertapak, besar dan berpengaruh, ia sepatutnya arif dengan perasaan dan sensitiviti kaum Melayu Islam serta maklum bahawa Agama Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan. Ini tidak. Ia lebih bersifat rasis, melampau, menghina dan berpihak kepada Parti yang menentang pemerkasaan Mahkamah Syariah.   Sebagai seorang blogger Melayu Isl...

DS Hadi Awang Bentang RUU355 Hari Ini?

Khamis, 6 April 2017 - Difahamkan DS Hadi Awang akan membentangkan RUU355 di Parlimen pada petang ini. Mungkinkah RUU355 kali ini akan menampilkan beberapa pindaan berbanding RUU355 yang dikemukakan sebelum ini. Sebelum ini RUU355 telah meminta agar hukuman penjara ditambah kepada lebih 30 tahun, atau didenda lebih RM100,000, atau 100 sebatan sejajar dengan jenayah Syariah yang dilakukan. Parlimen Malaysia mempunyai seramai 222 orang ahli Parlimen. Majoriti daripada mereka terdiri daripada orang Melayu Islam. Sekiranya majoriti daripada mereka menyokong usul RUU355, maka ia akan menjadi undang-undang untuk memperkasakan kedudukan Mahkamah Syariah. Kita perlu tunggu sehingga petang ini untuk melihat reaksi dan mentaliti ahli-ahli Parlimen kita, terutama sekali di kalangan ahli Parlimen Melayu Islam. Terdapat pihak-pihak tertentu yang telah mewujudkan suasana Islamophobia. Mereka takut kononnya RUU ini akan membawa kepada Perundangan Hudud di Malaysia. Mereka sengaja wujudkan sua...

Dunia Digital, Dunia Masa Kini Dan Akan Datang

Rabu, 5 April 2017 - Sama ada kita suka atau tidak, kita terpaksa berdepan dengan Dunia Digital Masa Kini. Dunia Digital, satu kemajuan Teknologi Elektronik, merupakan Revolusi Industri Keempat serba canggih (the Fourth Industrial Revolution) yang dimanfaatkan oleh seluruh dunia pada masa kini, dan lebih-lebih lagi pada masa akan datang. Sehubungan itu, kita, anak-anak kita serta cucu-cicit kita perlu didedahkan kepada Dunia Digital ini mulai sekarang. Jika tidak, kita akan ketinggalan zaman dan tercicir jauh di belakang arus kemajuan dan kemodenan dunia. Kita akan jadi seperti Katak Di Bawah Tempurung. Ini adalah realiti Teknologi Maju (Advanced Technology) yang kita perlu terima. Dunia Digital bermula dengan penggunaan Satelit-Satelit di angkasa dan optik fiber (fiber optic). Susulan daripada kemajuan ini, pelbagai teknologi canggih demi kepentingan dunia dan manusia sejagat telah diperkenalkan. Komputer, Internet, SMS, MMS, email, Laptop, Tablet, Smart Phones, Facebook, Twitter, W...