Skip to main content

Nanyang Siang Pau Sudah Melampau

Selasa, 11 April 2017 - Dua hari selepas DS Hadi Awang membentang RUU355 pada 6 April, akhbar Cina Nanyang Siang Pau telah menerbitkan sebuah Karikatur (Kartun) yang menggambarkan dua ekor monyet di atas sebatang pokok bernama RUU355. Seekor monyet bersongkok dengan label Speaker dan seekor monyet lagi berserban dengan label Hadi Awang. Karikatur itu jelas menghina mereka berdua sebagai monyet. Karikatur ini sungguh biadap. Ia benar-benar merobek hati nurani dan sensitiviti orang Melayu Islam.

Ia boleh saja mengkritik pembentangan RUU355 itu, tetapi tidak sehingga menghina mereka berdua sebagai monyet di atas pokok.

Sebagai sebuah akhbar yang telah lama bertapak, besar dan berpengaruh, ia sepatutnya arif dengan perasaan dan sensitiviti kaum Melayu Islam serta maklum bahawa Agama Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan. Ini tidak. Ia lebih bersifat rasis, melampau, menghina dan berpihak kepada Parti yang menentang pemerkasaan Mahkamah Syariah.  

Sebagai seorang blogger Melayu Islam, saya mengutuk sekeras-kerasnya sikap dan tindak-tanduk akhbar Nanyang Siang Pau dan penerbitan Karikatur tersebut.

Walaupun mereka kemudiannya telah memohon maaf selepas bantahan demi bantahan dibuat, ia sudah terlanjur. Nasi sudah menjadi bubur. The damage has already been done. The floodgate has been opened. Kita tidak harus memaafkan. Jika kita maafkan kali ini, mereka akan lakukannya lagi di lain hari kerana mereka tahu Orang Melayu mudah memaafkan. Orang Melayu adalah Bangsa Lemah Lembut. Malay The Gentle Race. Sampai bila kita harus memaafkan?

Pagi tadi pelbagai NGO Melayu Islam telah berkumpul beramai-ramai di perkarangan Nanyang Siang Pau sebagai tanda Protes dan mendesak Nanyang Siang Pau supaya memohon maaf terhadap Speaker TS Pandikar Amin Mulia dan DS Abdul Hadi Awang.
  

* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...