Skip to main content

DS Hadi Awang Bentang RUU355 Hari Ini?

Khamis, 6 April 2017 - Difahamkan DS Hadi Awang akan membentangkan RUU355 di Parlimen pada petang ini. Mungkinkah RUU355 kali ini akan menampilkan beberapa pindaan berbanding RUU355 yang dikemukakan sebelum ini.

Sebelum ini RUU355 telah meminta agar hukuman penjara ditambah kepada lebih 30 tahun, atau didenda lebih RM100,000, atau 100 sebatan sejajar dengan jenayah Syariah yang dilakukan.

Parlimen Malaysia mempunyai seramai 222 orang ahli Parlimen. Majoriti daripada mereka terdiri daripada orang Melayu Islam. Sekiranya majoriti daripada mereka menyokong usul RUU355, maka ia akan menjadi undang-undang untuk memperkasakan kedudukan Mahkamah Syariah.

Kita perlu tunggu sehingga petang ini untuk melihat reaksi dan mentaliti ahli-ahli Parlimen kita, terutama sekali di kalangan ahli Parlimen Melayu Islam.

Terdapat pihak-pihak tertentu yang telah mewujudkan suasana Islamophobia. Mereka takut kononnya RUU ini akan membawa kepada Perundangan Hudud di Malaysia. Mereka sengaja wujudkan suasana 'Takut Kepada Bayang-Bayang' dan 'Fata Morgana' (Mirage). Sebenarnya perkara yang mereka takut-takutkan tidak pernah wujud. Difahamkan Bil ini hanya melibatkan orang-orang Islam dan para Hakim Mahkamah Syariah pasti melaksanakan hukum tersebut dengan Arif, Adil dan Bijaksana.

Saya melihat tujuan sebenar RUU355 diperkenalkan ialah untuk bertindak sebagai Pencegahan Jenayah (Deterrent) di samping memperkasakan kedudukan Mahkamah Syariah. Dengan menambah serta mengetatkan lagi hukuman (stiffer penalties), bakal penjenayah akan terhalang untuk melakukan jenayah apabila mereka memikirkan hukuman berat yang bakal menanti mereka nanti. RUU ini akan membuatkan bakal penjenayah berfikir banyak kali sebelum melakukan jenayah. Akhirnya, mereka mungkin akan bertindak membatalkan hasrat dan niat jahat mereka.

Cuba kita lihat, berapa ramai orang Melayu Islam, Pak Haji, Tok Lebai dan Ustaz melanggar undang-undang Lampu Isyarat. Mereka redah saja Lampu Isyarat Merah apabila ada kesempatan. Mengapa? Mereka tidak takut kerana Penalti yang dikenakan agak ringan. Sekiranya penalti tersebut diberatkan, mereka akan berfikir banyak kali sebelum bertindak melanggar undang-undang Lampu Isyarat. Akhirnya, berkemungkinan besar mereka akan membatalkan niat mereka itu disebabkan oleh penalti berat yang bakal menanti.

Keimanan saja tidak mencukupi. Ia perlu disusuli dengan penguatkuasaan dan undang-undang yang lebih tegas, ketat dan berat. Barulah mereka tersentak dan takut. Itu sebabnya kita mempunyai undang-undang dan penalti berat sebagai tindakan Pencegahan Jenayah (Crime Deterrent).

Walau bagaimanpun, Pembentangan RUU355 ini belum pasti akan menjadi kenyataan pada petang ini kerana terdapat pihak tertentu yang telah mengemukan Saman Mahkamah kepada Speaker Dewan kerana mereka berpendapat Pembentangan RUU355 adalah bertentangan dengan Perlembagaan Negara.

Segala-galanya akan terjawab pada pentang ini.


* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa berniat jahat atau dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.
* The opinion given is purely mine without any external influence or ulterior motives.  

  

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...