Jumaat, 20 Julai 2018 - UMNO telah memilih Datuk Lokman Noor Adam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, sebagai calon UMNO/BN bagi PRK Sg Kandis. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO, DS Mohamad Hasan. Datuk Lokman, bekas ahli PKR, adalah pemimpin NGO Pemantau Malaysia Baru yang begitu kritikal dan sinis terhadap pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan. Beliau adalah seorang pemidato yang baik, lantang dan berani menyuarakan apa jua pendapat. Dengan pemilihan Datuk Lokman sebagai calon UMNO/BN bagi PRK Sg Kandis, pertempuran DUN Sg Kandis dijangka sengit dan seimbang. Walau apa pun, jentera UMNO/BN dan PAS perlu bekerjasama dan turun padang bersama untuk berkempen dan memenangkan calon pembangkang yang diwakili calon UMNO. - ends -