Skip to main content

Selamat Hari Lahir Kepada Tun Dr Mahathir

Selasa, 10 Julai 2018 - Selamat Hari Lahir kepada Tun Dr Mahathir yang genap berusia 93 tahun pada hari ini. Beliau dilahirkan di Alor Star pada 10 Julai 1925.

Walaupun saya tidak sependapat dengan beberapa tindak-tanduknya dalam dunia politik, saya amat kagumi dengan kebolehannya sebagai seorang pemimpin yang cekap, berani, berterus-terang, berwawasan dan progresif.

Saya mula kagumi dengan sifat dan sikap beliau itu pada awal 60-an apabila beliau sering bertegang leher dengan mendiang Lee Kuan Yew, Singapura sehingga beliau digelar Ultra dan Superman Mahathir.

Pada bulan Mei 1969, beliau pernah mengedarkan Surat Layang kepada Allahyarham Tunku Abdul Rahman sehingga membuatkan Tunku akhirnya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Sesudah itu, beliau telah menulis sebuah buku kontroversi bertajuk The Malay Dilemma (Kemelut Orang Melayu) yang menyentuh perihal kesusahan dan kelemahan ekonomi orang Melayu. Buku tersebut telah diharamkan pada zaman Tunku, Tun Razak dan Tun Hussin Onn, dan kemudiannya dibenarkan untuk edaran di Malaysia pada zaman pemerintahan beliau.

Saya berpeluang membeli dan membaca buku tersebut ketika saya berkunjung ke Singapura pada tahun 1976.

Dalam pemerintahan beliau selama 22 tahun, beliau telah meneruskan Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh Allahyarham Tun Razak dan kemudiannya memperkenalkan dasar Affirmative Action untuk orang Melayu dan Bumiputera.

Saya harap, selepas beliau menerajui semula kerajaan Malaysia sebagai Perdana Menteri Ketujuh, beliau akan meneruskan semangat, perjuangan dan dasar asalnya yang sentiasa mengutamakan perihal Agama Islam, Bangsa Melayu dan Tanah Air Malaysia.

Berdasarkan pemilihan jemaah Menteri dan Timbalan Menteri baru-baru ini yang kebanyakannya berbangsa Melayu, berjanji untuk meneruskan dasar Affirmative Action untuk kaum Melayu dan Bumiputera serta tidak tunduk kepada desakan DAP, saya percaya dan yakin beliau tidak akan lupa dan tidak akan berubah daripada perjuangan asalnya iaitu Alif, Ba dan Ta (Agama, Bangsa dan Tanah Air).

Semoga Tun Dr Mahathir diberikian kesihatan yang baik, dipanjang usia, ditetapkan iman dan terus memerintah negara dengan bijak dan adil tanpa melupakan perjuangan asalnya sejak awal 60-an.

Selamat Hari Lahir Tun Dr Mahathir.

- ends -

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...