Rabu, 11 Julai 2018 - Sidang Dewan Rakyat akan bermula tidak lama lagi. Sebelum Sidang bermula, Speaker Dewan Rakyat perlulah dilantik. Beberapa nama calon Speaker telah diuar-uarkan termasuk TS Rais Yatim, Lim Kit Siang, Ambiga, bekas Hakim dan Datuk Johari Abdul.
Walau bagaimanapun, nama Datuk Johari Abdul begitu menonjol dan sedang hangat diperkatakan sebagai calon tunggal untuk jawatan tersebut.
Sementara itu, Datuk Johari Abdul sendiri telah mengesahkan bahawa nama beliau telah disenarai pendek sebagai calon untuk jawatan Speaker Dewan Rakyat. Beliau telah dimaklumkan malam tadi.
Sekiranya Datuk Johari Abdul dilantik sebagai Speaker, beliau terpaksa mengosongkan Kerusi DUN Gurun mengikut Artikel 57 (4) Perlembagaan Persekutuan. Beliau juga adalah Ahli Parlimen Sungai Petani.
Walau bagaimanapun, keputusan muktamad terletak di tangan PM, Tun Dr Mahathir.
Datuk Johari Abdul adalah Ahli Parlimen PKR selama tiga penggal dan Ketua Whip Parti tersebut.
- ends -

Comments