Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2019

PH Tewas Teruk Di Tanjung Piai!

Ahad, 20 Rabiul Awal 1441H, 17 Nov 2019 - BN menang 'Mega' dan menang 'Gila' di Tanjung Piai malam tadi dengan meraih Majoriti paling besar sejak tahun 2004 - 15,086 undi. BN perolehi 25,466 undi, sementara PH hanya mendapat 10,380 undi. Yang lain jauh ketinggalan di belakang. Para pengundi Tanjung Piai telah menghukum PH! Saya tidak menduga sama sekali bahawa BN akan menang dengan begitu Mega. Begitu juga dengan jangkaan para penganalisa dan Blogger politik yang lain. Keputusan malam tadi sungguh Mengejutkan, amat Menakjubkan dan memang Luar Biasa. So Shock, so Overwhelming and so Mind-Boggling! Apa yang boleh saya katakan ialah 'Wow'! Apakah semua ini? Adakah ini merupakan isyarat dan amaran awal para pengundi kepada PH? Atau adakah ini merupakan kebangkitan dan gelombang pertama yang akan mencetuskan Tsunami Penolakan PH pada PRU-15? Nampaknya begitu. Segala-galanya mungkin bermula di Tanjung Piai! Keputusan dan pengajaran yang diberikan oleh para p...

Bolehkah BN Rampas Semula Tanjung Piai?

Sabtu, 19 Rabiul Awal 1441, 16 Nov 2019 - Hari ini adalah Doomsday bagi BN dan PH. Sama ada BN ataupun PH pasti tewas! Beberapa penganalisa politik termasuk Ilham Centre telah meramalkan bahawa BN akan merampas semula Tanjung Piai daripada Pakatan pada hari ini, Sabtu 16 November 2019. Mereka menyatakan demikian berdasarkan beberapa tinjauan yang dilakukan. Jelas mereka, BN akan menang dengan majoriti mudah. Sementara itu, satu lagi Pollster, Institut Darul Ehsan (IDE) yang berkait rapat dengan PH, meramalkan PH akan menang dengan asakan terakhir. Adakah ini satu Psychological Warfare? Mana satu ramalan yang betul? Yang menentukan kemenangan Calon pada hari ini ialah pangkahan sebenar para pengundi Tanjung Piai seramai lebih kurang 52,978 orang.   Mengikut beberapa penganalisa politik dan Ilham Centre, majoriti pengundi Melayu termasuk sebahagian pengundi bukan Melayu dijangka akan memilih BN, sementara sebahagian lagi pengundi bukan Melayu dijangka tidak akan keluar me...