Skip to main content

PH Tewas Teruk Di Tanjung Piai!

Ahad, 20 Rabiul Awal 1441H, 17 Nov 2019 - BN menang 'Mega' dan menang 'Gila' di Tanjung Piai malam tadi dengan meraih Majoriti paling besar sejak tahun 2004 - 15,086 undi. BN perolehi 25,466 undi, sementara PH hanya mendapat 10,380 undi. Yang lain jauh ketinggalan di belakang.

Para pengundi Tanjung Piai telah menghukum PH!

Saya tidak menduga sama sekali bahawa BN akan menang dengan begitu Mega. Begitu juga dengan jangkaan para penganalisa dan Blogger politik yang lain. Keputusan malam tadi sungguh Mengejutkan, amat Menakjubkan dan memang Luar Biasa. So Shock, so Overwhelming and so Mind-Boggling! Apa yang boleh saya katakan ialah 'Wow'!

Apakah semua ini? Adakah ini merupakan isyarat dan amaran awal para pengundi kepada PH? Atau adakah ini merupakan kebangkitan dan gelombang pertama yang akan mencetuskan Tsunami Penolakan PH pada PRU-15?

Nampaknya begitu. Segala-galanya mungkin bermula di Tanjung Piai!

Keputusan dan pengajaran yang diberikan oleh para pengundi Tanjung Piai malam tadi telah mencelikkan minda dan mata hati seluruh rakyat Malaysia. Mereka telah membuka, merintis dan menunjukkan jalan untuk menyingkirkan PH pada PRU-15. Bagi mereka, Tanjung Piai adalah Titik Permulaan (The Starting Point) kepada Tsunami yang bakal menggila menjelang PRU-15.

Pangkahan muktamad para pengundi Tanjung Piai malam tadi adalah hasil daripada kerjasama erat dan kerja kuat antara BN, PAS dan Team Muafakat Nasional. Tanpa perpaduan jitu ini, keputusan malam tadi tidak akan menjadi begitu Luar Biasa. Tahniah dan Syabas kepada BN, PAS dan Team Muafakat Nasional. Anda semua telah melakukannya dengan Terbaik.

Inilah hasilnya apabila Orang Melayu Islam benar-benar bersatu hati, sejiwa dan sekata. Teruskan ikatan dan matlamat anda semua.

Saya harap anda semua tidak Leka, Lalai dan Cuai dengan kemenangan malam tadi. Anggaplah itu sebagai satu Rahmat Allah. Laluan ke PRU-15 masih jauh dan berliku. Teruskan ikatan Silaturrahim dan Persaudaraan anda. Teruskan perjuangan anda untuk mempertahankan Perlembagaan Negara dan Kontrak Sosial yang telah dimeterai.

Matlamat anda ialah PRU-15 untuk merampas kembali pucuk pimpinan agar kuasa politik dan pemerintahan Negara terus berada di tangan Orang Melayu Islam seperti dahulu kala.

Kemenangan BN yang diwakili oleh MCA membuktikan bahawa BN, PAS dan Team Muafakat Nasional tidak Rasis dan tidak Ekstrem Agama. Mereka layak dan sesuai untuk menerajui Negara yang berbilang bangsa dan agama selepas PRU-15. Saya yakin Team Muafakat Nasional akan membawa Keadilan, Berkat dan Rahmat kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Wallahualam.

- ends -

* Pandangan di atas adalah pendapat peribadi Penulis tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

                       

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...