Sabtu, 19 Rabiul Awal 1441, 16 Nov 2019 - Hari ini adalah Doomsday bagi BN dan PH. Sama ada BN ataupun PH pasti tewas!
Beberapa penganalisa politik termasuk Ilham Centre telah meramalkan bahawa BN akan merampas semula Tanjung Piai daripada Pakatan pada hari ini, Sabtu 16 November 2019.
Mereka menyatakan demikian berdasarkan beberapa tinjauan yang dilakukan. Jelas mereka, BN akan menang dengan majoriti mudah.
Sementara itu, satu lagi Pollster, Institut Darul Ehsan (IDE) yang berkait rapat dengan PH, meramalkan PH akan menang dengan asakan terakhir. Adakah ini satu Psychological Warfare?
Mana satu ramalan yang betul?
Yang menentukan kemenangan Calon pada hari ini ialah pangkahan sebenar para pengundi Tanjung Piai seramai lebih kurang 52,978 orang.
Mengikut beberapa penganalisa politik dan Ilham Centre, majoriti pengundi Melayu termasuk sebahagian pengundi bukan Melayu dijangka akan memilih BN, sementara sebahagian lagi pengundi bukan Melayu dijangka tidak akan keluar mengundi ataupun mengundi secara protes sebagai bantahan tidak puas hati terhadap kepimpinan Kerajaan PH.
Keadaan inilah yang bakal menumbangkan PH.
BN yang turun ke gelanggang Tanjung Piai sebagai Team Muafakat Nasional telah mendapat sambutan hangat di pelbagai tempat dalam kawasan Parlimen Tanjung Piai. PH yang merupakan penyandang kerusi Tanjung Piai telah mengalami defisit sambutan di hampir semua tempat sehingga terpaksa dibantu dengan kehadiran Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir pada hari-hari terakhir.
Namun usaha itu didapati tidak banyak mengubah keadaan kerana keputusan muktamad telah pun dibuat terlebih dulu oleh para pengundi Tanjung Piai. Dikatakan yang ramai hadir di ceramah Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir adalah orang-orang luar, bukannya para pengundi Tanjung Piai.
BN dan Team Muafakat Nasional telah berjaya mengemukakan pelbagai isu relevan dan semasa secara ofensif dan agresif yang telah membuka minda dan pintu hati para pengundi. PH hanya mampu bertahan dengan dilema dan kegagalan buatan mereka sendiri. Keadaan ini diburukkan lagi dengan percakaran dalaman yang melanda parti komponen mereka ketika ini.
Semua ini telah memberi kelebihan (political edge) kepada BN.
Di samping itu, wakil BN, Dr Wee Jeck Seng didapati lebih berkaliber dan popular berbanding wakil PH, Hj Karmaine yang kurang dikenali. Dr Wee dikatakan telah banyak berjasa kepada para penduduk Tanjung Piai sebelum ini.
Tanjung Piai menampilkan sejumlah 52,978 pengundi. 57% pengundi terdiri daripada kaum Melayu, 41.1% kaum Cina dan selebihnya kaum India.
Walau bagaimanapun, keputusan muktamad pada hari ini terletak di tangan para pengundi. Kita hanya boleh meramal dan membuat jangkaan berdasarkan situasi sekarang di Tanjung Piai. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Jika PH menang, ia adalah satu perkara yang dijangkakan, bukan luar biasa, kerana PH adalah Penyandang Kerusi, Kerajaan Negeri Johor dan Pusat yang turun dengan pelbagai kekuatan Jentera, agihan dan janji.
Jika BN menang, ia adalah satu Tamparan Hebat (a good Tight Slap to PH and Bersatu) bukan saja kepada PH, tetapi juga kepada Parti Bersatu di mana Dr Mahathir adalah Pengerusi Bersatu dan PH sementara Mahyuddin Yassin adalah Presiden Bersatu.
Ia juga merupakan satu petanda dan amaran awal bahawa PH bakal menjadi Kerajaan Pusat Sepenggal dan akan tewas pada PRU Ke-15.
Sekiranya BN tewas pada malam ini, they have nothing to lose because they came down to Tanjung Piai this time as an Underdog. But, if PH is defeated tonight, it has lots to lose because they are the Incumbent, the State and Federal Government with tons of Machineries at hand and with lots goodies and promises to the Tanjung Piai voters. I guess many heads will roll!
Wallahualam.
- ends -
* Pandangan yang dilontarkan adalah pendapat peribadi Penulis tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Comments