Isnin, 11 Ramadhan 1441H - 5 Mei 2020M Ekonomi Negara dan pendapatan kebanyakan rakyat Malaysia telah mula merosot sejak pertengahan Mac lalu ekoran penularan Wabak Covid-19 di seluruh dunia. Kesihatan rakyat Malaysia juga turut terjejas dan terancam dengan ribuan didapati telah dijangkiti Wabak tersebut, dan sehingga kini seramai 105 pesakit telah terkorban. Selepas hampir 2 bulan PKP dilaksanakan untuk mengekang penularan Wabak tersebut di kalangan rakyat Malaysia, Kerajaan telah kehilangan pendapatan sebanyak RM2.4 bilion sehari, banyak syarikat dan ramai peniaga telah mengalami kerugian, dan ada juga yang terpaksa gulung tikar. Bagi memulihkan kembali Ekonomi Negara dan pendapatan para peniaga, di samping menjaga kesihatan dan keselamatan rakyat, Kerajaan terpaksa mengimbangi kedua-dua perkara ini secara teliti dan rational. Menurut beberapa pakar perubatan antarabangsa, Wabak Covid-19 akan sentiasa berlegar di persekitaran kita selagi Vaksin bagi mengawalnya tidak dit...