Skip to main content

Cabaran Covid-19 Bermula Esok

Ahad, 10 Ramadhan 1441H - 3 Mei 2020M

Esok, 4 Mei 2020, kebanyakan syarikat dan pejabat di Malaysia akan mula beroperasi selepas hampir 2 bulan mematuhi PKP akibat Pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Apabla kebanyakan syarikat dan pejabat mula beroperasi, pastinya ramai pekerja akan mula keluar bekerja dan berkemungkinan terdedah kepada Covid-19. Jika mereka tidak berwaspada dan mematuhi SOP ketat yang digariskan oleh Kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM/MOH), besar kemungkinan ramai pekerja akan dijangkiti Covid-19 dan angka jangkitan dan kematian akan meningkat semula selepas mengalami penurunan sejak beberapa hari lalu.

Kita faham bahawa Ekonomi Negara perlu dijana segera untuk mengeluarkan kita daripada belenggu kemelesetan (recession) yang melanda dunia sekarang. Untuk memastikan Ekonomi Negara dapat digerakkan semula dan kesihatan para pekerja terjamin, Majikan dan para pekerja perlu mengambil beberapa langkah penting: -


1. Syarikat dan pejabat perlu patuhi segala arahan dan SOP ketat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM/MOH). Mereka yang ingkar perlu ditamatkan operasi mereka.

Syarikat dan pejabat perlu menyediakan Alat Pengimbas Suhu Badan untuk menyaring suhu badan para pekerja. Mereka yang didapati tidak sihat perlu dihantar pulang untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan kesihatan. Hand Sanitizer perlu disediakan di pintu masuk Syarikat. Susunan kerusi meja pejabat perlu disusun semula dan dijarakkan. Syarikat dan pejabat perlu sentiasa dinyah kuman/didisinfeksi. Para pekerja perlu sentiasa jaga kebersihan diri dengan kerap membersihkan tangan dengan sabun dan Hand Sanitizer. Menjaga Jarak Fizikal/Jarak Sosial sekurang-kurangnya 1 meter dari rakan sekerja. Sentiasa pakai topeng muka (face mask) semasa bekerja. Tidak bersentuhan Tangan atau Fizikal. Jauhi daripada Kumpulan Ramai atau mereka yang Bergejala. Jika Bergejala seperti Selesema, Batuk atau Demam, mereka perlu menjalanii Saringan atau Rawatan segera.

Sebagai langkah permulaan dalam keadaan sekarang, para pekerja perlu diberi sedikit kelonggaran dengan dibenarkan bekerja ikut waktu fleksibel (flexible hours) untuk elak kumpulan ramai dan kesesakan. Bekerja secara alternate, satu hari kerja di pejabat dan satu hari kerja di rumah bagi mereka yang boleh bekerja dari rumah (work from home). Balik lebih awal dari waktu biasa, lebih-lebih lagi kepada para pekerja Islam pada ketika ini bagi membolehkan mereka Berbuka Puasa di rumah. Tiada kerja lebih masa dan banyak lagi yang boleh dilakukan oleh Syarikat. Semua ini perlu dilaksanakan bagi mencegah dan mengelak pendedahan terlalu lama kepada Wabak Covid-19. 

Sebaik saja kembali daripada tempat kerja, mereka perlu buang face mask di tempat selamat, rendam pakaian kerja dengan sabun dan terus mandi dengan menggunakan sabun. Selepas itu, barulah mereka boleh berinteraksi dan makan bersama keluarga.   

Dalam keadaan sekarang, para pekerja tidak boleh lagi mengamalkan gaya hidup lama. Mereka kini perlu sesuaikan diri dengan gaya hidup baru yang dipanggil Norma Baru (a new norm). 

2. Para pekerja  perlu sentiasa berfikiran dan bersikap Positif, Proaktif, Optimistik, Bersemangat dan Yakin Diri (Self-Confident) bagi menangani Fenomena Wabak ini. Mereka perlu Berani mendepani situasi ini serta mengatasinya dengan Bijak. Jangan sekali-kali mengaku Kalah atau Tewas dengan Fenomena ini. Face them Boldly and Fight them Wisely. Mereka perlu terus Melangkah Ke Hadapan dengan Yakin. Move Forward Confidently. In Sya Allah, kita semua boleh melakukannya dengan jaya. We can do it.

3. Sentiasa Berwaspada. Always Be Cautious and Alert. Jangan Sekali-Kali Leka atau Alpa kerana Virus ini sentiasa berlegar di sekitar kita. Sekali kita alpa, kita yang akan menanggung risikonya. Mencegah Lebih Baik daripada Merawat. Prevention Is Better Than Cure. Oleh itu, para pekerja perlu sentiasa berhati-hati dengan menjaga Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan mereka.

4. Disiplin Diri (self-discipline) amat penting. Para pekerja perlu ada disiplin diri untuk mengatur aktiviti seharian agar mereka sentiasa bersih, sihat dan selamat. Anda bertanggungjawab terhadap diri anda sendiri, bukan orang lain. Patuhi SOP yang disediakan.

5. Tingkatkan Anti-Body dan Imuniti diri sendiri bagi mengatasi Virus ini kerana Vaksin bagi penyakit ini masih belum ditemui. Dari aspek Kesihatan, beberapa langkah boleh diambil bagi tujuan tersebut.

a. Sentiasa Ambil Makanan Berkhasiat
b. Cukup Tidur
c. Cukup Rehat
d. Selalu Bersenam dan Amalkan Gaya Hidup Sihat
e. Sentiasa Jaga Kebersihan Diri kerana Kesihatan Diri berpunca daripada Kebersihan Diri
f. Sentiasa Berfikiran dan Bersikap Positif (Positive Thinking and Positive Attitude)
g. Jangan Putus Asa atau Kecewa
h. Sentiasa Baca Al-Quran, Kitab dan Buku untuk Meluas, Menguat dan Mencerdaskan Minda
i. Sebagai seorang Muslim, Jangan Tinggalkan Solat dan sentiasa Berdoa Bersungguh-Sungguh kepada Allah agar kita semua dijauhi daripada segala Wabak, terutamanya Wabak Covid-19. Ibadah ini dapat memperkasakan Jiwa/Spiritual/Kerohanian kita
j. Jangan Risau, Rungsing, Murung atau Stres. No Worries, Depression, Stress and Tension. Sikap ini akan melemahkan daya tahan fizikal dan mental kita (anti-body). Relaks dan Tenang saja serta Senyum selalu. Just Relax, Smile and Be Happy. Minda yang sihat dan tenang akan mencergaskan Fizikal, dan Fizikal yang sihat akan mencerdaskan Minda

Setelah kita melakukan segala Usaha dan Ikhtiar di atas, kita perlu berTawakal kepada Allah. Kepada Allah kita Berserah dan sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani. In Sya Allah, dengan berkat Usaha dan Ikhtiar kita semua, Ekonomi Malaysia akan kembali cergas dan kita semua akan terus hidup sihat, selamat dan berjaya mengharungi Fenomena Wabak ini.   
   
In Sya Allah, sedikit pandangan saya ini yang dikutip daripada beberapa buah Buku Kesihatan, amat berguna dan bermanfaat kepada anda semua.

Wallahualam

- ends -                                   

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...