Skip to main content

Antara Ekonomi Dan Kesihatan Rakyat

Isnin, 11 Ramadhan 1441H - 5 Mei 2020M

Ekonomi Negara dan pendapatan kebanyakan rakyat Malaysia telah mula merosot sejak pertengahan Mac lalu ekoran penularan Wabak Covid-19 di seluruh dunia. Kesihatan rakyat Malaysia juga turut terjejas dan terancam dengan ribuan didapati telah dijangkiti Wabak tersebut, dan sehingga kini seramai 105 pesakit telah terkorban. 

Selepas hampir 2 bulan PKP dilaksanakan untuk mengekang penularan Wabak tersebut di kalangan rakyat Malaysia, Kerajaan telah kehilangan pendapatan sebanyak RM2.4 bilion sehari, banyak syarikat dan ramai peniaga telah mengalami kerugian, dan ada juga yang terpaksa gulung tikar.

Bagi memulihkan kembali Ekonomi Negara dan pendapatan para peniaga, di samping menjaga kesihatan dan keselamatan rakyat, Kerajaan terpaksa mengimbangi kedua-dua perkara ini secara teliti dan rational.

Menurut beberapa pakar perubatan antarabangsa, Wabak Covid-19 akan sentiasa berlegar di persekitaran kita selagi Vaksin bagi mengawalnya tidak ditemui. Ada yang mengatakan, paling cepat Vaksin ini akan terhasil dalam masa 1 - 2 tahun. Adakah kita terpaksa menunggu dan berkurung selama 1 atau 2 tahun lagi dan melihat Ekonomi Negara dan Dunia runtuh yang boleh menyebabkan kebuluran, kemiskinan, kemuflisan dan rusuhan penduduk di seluruh dunia? Kita tidak boleh tunggu sedemikian lama. Ekonomi Negara dan pendapatan rakyat perlu dipulihkan, dan kesihatan rakyat perlu terus dibela dan diutamakan. Sehubungan itu, kita telah mengambil pendekatan Menang - Menang (win-win situation). Ekonomi dipulihkan, sementara Kesihatan rakyat terus dijaga, dibela dan diutamakan.                   
  
Oleh itu, mulai hari ini, kebanyakan Syarikat, Kilang, Kedai, Restoran dan lain-lain akan mula beroperasi dengan Syarat mereka perlu patuhi SOP ketat yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Para pekerja dan peniaga kini boleh menjana pendapatan di samping menjaga kesihatan mereka dan orang lain dengan mematuhi SOP KKM. Jika ingkar SOP, syarikat atau premis berkenaan akan diarah tutup. Itu sebabnya PKP masih dikekalkan walaupun PKPB diperkenalkan.

Ekonomi Dijana, Kesihatan Rakyat Diutama.     

- ends -

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...