Skip to main content

Posts

Showing posts from 2023

Analisis Mudah PRN 6 Negeri

Ahad 26 Muharam 1445H/13 Ogos 2023 Debaran menanti Keputusan PRN 6 Negeri telahpun berakhir. Keputusannya Status Quo - PH/BN 3 dan PN 3 seperti sebelum PRN 2023. Tetapi, bilangan Kerusi yang dimenangi berbeza. Daripada 245 jumlah Kerusi yang ditandingi di 6 negeri, Perikatan Nasional (PN) telah memenangi 146 Kerusi, sementara PH/BN hanya memenangi 99 Kerusi. Ini jelas menunjukkan pada keseluruhannya prestasi PN lebih mantap daripada PH/BN. PN sapu bersih di Terengganu, dan hampir sapu bersih di Kelantan dan Kedah. Di Selangor (PH stronghold), PN telah menerobos masuk ( make an inroad ) dengan memenangi 22 Kerusi daripada 56 Kerusi yang ditandingi, dan sekaligus menafikan dua pertiga majoriti PH/BN. Sebelum ini PN hanya menguasai 5 Kerusi. Azmin Ali (PN) turut menang di Kerusi Hulu Kelang.  Di Pulau Pinang, PN telah memenangi 11 Kerusi berbanding 1 Kerusi sebelum ini. Yang paling mengejutkan, Kerusi-Kerusi dalam kawasan Parliamen Permatang Pauh (kubu kuat PKR) telah dimenangi oleh c...

Meter SMART, Inflasi Dan Kejatuhan Ringgit

 Selasa, 22 Zulhijah 1444H, 11 Julai 2023 Semalam, 10 Julai, Meter SMART (SMART Meter) telah dipasang di rumah saya oleh Kontraktor TNB. Saya bertanya, "Adakah wajib untuk dipasang?" Jawab kakitangan tersebut, "Tak pasti Pak Cik." Sambungnya, "Jika tidak dipasang oleh kami, TNB akan mengutus surat dan kakitangan TNB akan memasangnya." Saya mengeluh dan berkata, "Nampaknya bil bulanan Pak Cik melambung naiklah." Beliau berkata, "Nampaknya begitulah Pak Cik." Oleh itu, mahu tak mahu, kena pasang jugalah. Dengan pemasangan Meter SMART ini, TNB dapat memantau penggunaan kita secara Jarak Jauh dan kita juga boleh memantau penggunaan seharian kita dengan log masuk ke Laman Web TNB. Cara hendak log masuk, kita perlu ikuti prosedur Log In mereka. Dengan pemasangan Meter SMART ini, bil bulanan kita dijangka meningkat. Ramai pengguna yang telah dilengkapi dengan Meter SMART ini berkata begitu.  Bijak Pandai berkata, "Jika kita tidak dapat me...

Aidilfitri Dan Covid-19

 Rabu, 28 Ramadhan 1444H/19 April 2023  Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tetapi, pada masa yang sama, trend Covid-19 terkini telah menunjukkan angka jangkitan yang semakin meningkat.  Ia dikatakan bermula daripada Kluster Sekolah selepas sesi Sekolah bermula. Mungkinkah trend kenaikan ini akan menular ke Kluster Raya pula? Besar kemungkinan! Walaupun kita telah beralih ke Fasa Endemik ( kita terpaksa hidup bersamanya ), kita perlu sentiasa berwaspada demi kesihatan kita. Terutama sekali di kalangan Warga Emas, mereka yang menderita pelbagai jenis penyakit ( komorbiditi ), kanak-kanak dll. Pada Hari Raya ini, berduyun-duyun dijangka akan Balik Kampung. Mereka akan bertemu Ibu Bapa dan sanak saudara yang dikasihi dan dirindui. Mereka akan berpeluk-cium dan bersalam-salaman sebagai tanda mesra tanpa menyedari sama ada mereka adalah pembawa Virus Covid-19 atau pun tidak. Sehubungan itu, pada musim perayaan ini adalah lebih baik jika kita terus mengama...

Tribute To My Children

 Friday/Jumaat - January 6 2023/ 13 JamadilAkhir 1444H I stopped writing this Blog for sometimes after my Desktop Computer broke down. I tried many times to "resuscitate" it but fail. Today, in conjunction with the Holy Friday, I had the opportunity to restart the Blog Posting, not with the old Desktop but with a brand-new Laptop, an invaluable New Year Gift from my beloved Children. They knew fully well that writing and Blogging is my lifelong love. Without hitting my Keyboard, I might lose my inspiration and also my Mind! Desktop has always been my favourite. I love to bang the Keyboard when writing. But time has changed for the better. With this Laptop, I can now write and Blog everywhere and anywhere in the World. Laptop is the current trend. Without which you can be considered obsolete. Laptop is now part of Tech Savvy life. Millions of Thanks again to all my lovely Children who brought Sunshines in my wonderful life. Love you all So, So, So Much. May Allah the Almighty ...

Jutaan Terima Kasih Anak-Anakku

 Jumaat/Friday - 13 JamadilAkhir 1444H/6 January 2023  Setelah Desktop Computer saya rosak, saya berhenti menulis Blog ini buat seketika. Berkali-kali saya cuba untuk menyambung talian hayatnya. Namun gagal. Hari ini, Jumaat, penghulu segala hari, saya telah berjaya memberikan nafas baru kepada Blog Posting ini. Bukan dengan Desktop tersebut, tetapi dengan Laptop Terkini! Jutaan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Anak-Anak saya yang telah berganding tenaga untuk menghadiahkan Ayah mereka sebuah Laptop sempena Tahun Baru 2023. Mereka faham, bidang penulisan adalah salah satu daripada kegemaran (hobby) saya. Tanpa mengetuk Keyboard, saya akan menjadi gelisah dan mungkin juga akan menumpulkan Otak saya. Millions of thanks again to all my children for the invaluable Laptop. With this Laptop, I can now write and Blog everywhere and anywhere in the World. Love you all So, So, So Much! May Allah The Almighty Bless all of you.  Jutaan Terima Kasih sekali daripada Ayah.