Skip to main content

Aung San Suu Kyi Harus Pulangkan Anugerah Nobel Peace Prize!

Rabu, 7 Rabiul Awal 1438H, 7 Disember 2016 - Aung San Suu Kyi, pemimpin de factor Myanmar, harus serahkan kembali Anugerah Nobel Peace Prize kerana beliau tidak layak menerimanya. Sebagai penerima Anugerah Nobel Peace Prize, beliau seharusnya mengutamakan keamanan dan kedamaian, bukannya pembunuhan dan penghapusan etnik (ethnic cleansing) seperti yang dilakukan terhadap Etnik Rohingya di Myanmar. Di bawah kepimpinannya, ribuan rumah etnik Rohingya telah dibakar hangus, banyak masjid telah dimusnahkan, ribuan etnik Rohingya telah dibunuh kejam, termasuk orang-orang tua, perempuan dan kanak-kanak. Ramai perempuan Rohingya telah dirogol. Ramai mati kebuluran di tengah laut dan ramai mati ditelan laut bergelora akibat bot karam ketika hendak melarikan diri ke Malaysia, Bangladesh. Indonesia dan Thailand.

Sehubungan itu, Aung San Suu Kyi yang tidak berperi kemanusiaan dan bersifat kebinatangan dengan mengamalkan Undang-Undang Rimba (Law of the Jungle) tidak layak dikekalkan sebagai pemegang Anugerah Nobel Peace Prize. Beliau harus didesak untuk menyerahkan kembali Anugerah tersebut kepada Jawatankuasa Pemilih Anugerah Nobel di Stockholm, Sweden. Sekiranya Alfred Nobel masih hidup, beliau pasti kecewa dengan sikap Suu Kyi.

Saya amat mengalu-alukan desakan dan kecaman yang dilontarkan oleh DS Najib dan DS Hadi Awang terhadap Kerajaan Myanmar menerusi Himpunan Solidariti Ummah yang diadakan baru-baru ini. Para pemimpin UMNO dan PAS telah berganding tenaga di sebuah platform yang sama untuk mengutuk, mencurahkan rasa marah dan geram mereka terhadap tindak-tanduk Kerajaan Myanmar terhadap Etnik Rohingya.

Sesudah itu, Kerajaan Malaysia perlu mengambil inisiatif tegas dengan mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Komuniti Antarabangsa, OIC, Asean dan Mahkamah Antarabangsa supaya masuk campur dalam urusan dalam negara Myanmar serta mengambil tindakan tegas terhadap Kerajaan Myanmar dan Tentera mereka kerana telah melakukan pelbagai kekejaman kemanusiaan terhadap Etnik Rohingya.

Apa yang berlaku terhadap Etnik Rohingya di Myanmar membabitkan soal Hak Asasi Manusia (Human Rights). Hak Asasi Manusia adalah satu Isu Sejagat (Global Issue). Oleh itu, masyarakat antarabangsa berhak untuk campur tangan dalam urusan rumah tangga Myanmar. Piagam Asean (Asean Charter) turut membolehkan negara-negara Asean yang lain untuk masuk campur dalam urusan negara anggota dari aspek Hak Asasi Manusia kerana ia melibatkan Isu Antarabangsa (International Issue).

Aung San Suu Kyi is no more A Woman of Peace. She is now A Woman of Cruelty and Atrocity. Hence, she is not qualified to retain the Nobel Peace Prize Award. She should surrender the Award soonest possible.  

Last but not least, as a blogger I would like to place on record my strongest condemnation towards Aung San Suu Kyi for not standing up as a true recipient of Nobel Peace Prize Award. As a Nobel laureate, you should be a Person Of Peace who loves fellow mankind, not a Person Of Cruelty, Animosity and Atrocity who encourages Ethnic Cleansing.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...