Seperti yang diduga, BN kekalkan kerusi Tanjong Datu dengan majoriti besar 6,443 undi. Puan Sri Jamilah Anu, 61 tahun, telah memperolehi 6,573 undi, sementara Rapelson Richard Hamit dan Johnny Bob Aput masing-masing hanya memperolehi 130 dan 108 undi dan hilang wang pertaruhan. Majoriti tersebut adalah 12 peratus lebih besar daripada kemenangan Allahyarham TS Adnan Satem sebanyak 5,892 majoriti undi dalam bulan Mei 2016. Jumlah yang keluar mengundi pada kali ini adalah di sekitar 69 peratus. Ini sekaligus membuktikan bahawa rakyat Sarawak masih mahukan BN untuk terus mengemudi Sarawak. Syabas dan Tahniah BN. - ends -