Skip to main content

DAP Kian Parah!

Rabu, 15 Februari 2017M, 18 Jamadil Awal 1438H -  DAP yang kelihatan tenang di atas, rupanya bergolak di bawah. Ramai pemimpin atasan dan bawahan DAP tidak senang hati dengan perkembangan politik DAP masa kini, termasuk hala tuju dan objektif DAP sekarang. Semua ini dapat disaksikan apabila seorang Wakil Rakyat dan 3 orang ADUN DAP dari Melaka telah keluar Parti DAP. Mengikut laporan terkini daripada Tunku Aziz, bekas timbalan pengerusi DAP, dua orang lagi dijangka akan keluar DAP. Segala-galanya bermula apabila DAP mula berbaik-baik dengan Tun Dr Mahathir, pemimpin de facto Pribumi, musuh ketat DAP pada suatu ketika dulu (DAP's sworn enemy and arch rival).

Selepas Tun Dr Mahathir menyertai kumpulan parti pembangkang, Pakatan Harapan, beliau kelihatan lebih menyerlah dan telah mula mendominasi Pakatan tersebut dengan mengatasi dominasi LKS dan Guan Eng. Beliau sering saja mengeluarkan pelbagai kenyataan yang membuatkan LKS kelu dan bisu. Ini amat tidak disenangi oleh ramai ahli DAP. Sebelum ini, DAP dengan bilangan Wakil Rakyat dan ADUN yang lebih ramai daripada rakan-rakan sekutu mereka, telah mencatur hampir segala strategi PH. They have been calling the shots all this while. But not now with the presence of Tun Dr Mahathir. Ini yang membuatkan ramai ahli DAP marah. Lebih-lebih lagi apabila baru sehari saja Zaid Ibrahim menyertai DAP, beliau telah mengisytiharkan Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin de facto PH. Kenyataan beliau itu telah ditempelak oleh Gobind Singh Deo yang menyatakan bahawa PH tidak pernah mengangkat Tun sebagai pemimpin de facto PH. Gobind telah meminta Zaid agar merujuk Parti sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Perkembangan ini telah menjadikan ramai ahli DAP semakin marah.

Di samping itu Tun juga telah memberikan kata dua dan ultimatum kepada PAS untuk menyertai PH bagi menentang BN. Ini amat tidak disenangi oleh pucuk pimpinan PAS. DS Hadi Awang telah membalas kenyataan tersebut dengan berkata mana-mana parti yang bersekongkol dengan DAP dan PAN, tidak akan mendapat kerjasama PAS. Ekoran kenyataan DS Hadi itu, Tun berkata tanpa kerjasama PAS, BN akan menang PRU14! Nampaknya, parti-parti pembangkang sekarang kian berkecamuk dan parah! Mereka sepatutnya bersatu dan utuh sekarang kerana PRU14 semakin hampir. Tetapi, lain pula yang terjadi.

Mungkinkah dalam suasana PH yang kian goyah, berpecah dan tidak menentu ini, BN akan mengisytiharkan PRU14 pada tahun ini, bukannya pada tahun 2018? Semua ini mungkin akan terjawab sebaik saja BN memenangi Pilihanraya Kecil, Tanjong Datu di Sarawak pada 18 Februari ini.

- ends -


* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa berniat jahat.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...