Skip to main content

TMJ Presiden Baru FAM?

Selasa, 7 Februari 2017M, 10 Jamadil Awal 1438H - Pada 25 Mac akan datang FAM akan mempunyai Presiden yang baru. Empat nama calon telah diwarwarkan yang merangkumi KJ, TMJ, Aseh Che Mat dan Annuar Musa.

Selepas 14 ahli gabungan FAM menemui DYMM Sultan Johor untuk memohon kebenaran TMJ bertanding mengemudi kerusi panas tersebut, saya telah dapat membayangkan siapa yang bakal mengetuai FAM kali ini. FAM mempunyai 19 ahli gabungan. DYMM Sultan Johor juga telah berkenan dengan permohonan tersebut dan berharap TMJ akan dapat membawa perubahan dan peningkatan kepada bola sepak Malaysia.

Saya sependapat dengan cadangan 14 ahli gabungan tersebut. TMJ harus dilantik sebagai Presiden FAM yang baru bagi menyuntik nafas dan semangat baru kepada FAM untuk memperbaiki ranking bola sepak Malaysia yang kini merudum di kedudukan 161 daripada 209 negara. TMJ bukan orang politik, masih muda dan bertenaga, mempunyai pelbagai idea kreatif, berpengaruh, memiliki kedudukan dan kewangan yang mantap, network yang luas di peringkat antarabangsa, telah membuktikan keupayaan dan keunggulan beliau dengan membawa JDT ke persada arena bola sepak negara dan antarabangsa, berani, tegas dan lantang bersuara demi kebaikan dan kemajuan bola sepak negara, amat komited terhadap bola sepak dan banyak lagi.

KJ tidak harus dilantik kerana beliau adalah seorang ahli politik dan Menteri yang mempunyai pelbagai tanggungjawab dan komitmen negara. Beliau pasti tidak mampu menguruskan FAM dan Kementerian beliau sekaligus kerana di bawah Kementerian beliau saja sudah terdapat lebih 50 persatuan sukan negara. Beliau harus menumpukan perhatian rapi kepada Kementerian beliau dan menyerahkan tugas Presiden FAM kepada seseorang yang amat komited terhadap bola sepak saja, iaitu TMJ.

Annuar Musa, seorang ahli politik, juga harus dikesampingkan. Walaupun Annuar Musa telah membawa pelbagai peningkatan dan kejayaan kepada Red Warriors, reputasi beliau telah tercalar baru-baru ini akibat tuduhan penyalahgunaan kuasa dan dana MARA. Beliau kini masih dalam siasatan SPRM dan pelantikan beliau akan hanya mengeruh dan mencacatkan lagi nama baik FAM.  

Begitu juga dengan Aseh Che Mat. Nama dan keupayaan beliau tidak menyerlah dalam arena bola sepak negara.

- ends -


Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...