Selasa, 14 Februari 2017M, 17 Jamadil Awal 1438H - Pada hari ini, jutaan pasangan kekasih Bukan Islam di seluruh dunia akan menyambutnya sebagai Hari Kekasih (Valentine's Day). Pada hari ini mereka akan melafaz dan memadu kasih dengan pelbagai cara, sehingga ada yang melakukan perzinaan.
Valentine's Day haram disambut oleh umat Islam. Ia adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Valentine's Day adalah sempena hari kematian St Valentine, seorang Paderi Rome pada AD 270. Beliau telah dipenggal kepalanya oleh Emperor Claudius II kerana telah membantu para pasangan Kristian berkahwin. Pada zaman itu, Emperor telah melarang para tenteranya berkahwin untuk memastikan tenteranya terus kuat, mantap dan gagah. Tetapi, Paderi Valentine telah melanggar arahan tersebut.
Ada juga cerita yang mengatakan, ketika Paderi Valentine dipenjara, beliau telah mengutus sepucuk surat cinta kepada seorang gadis dengan menyatakan 'From Your Valentine'. Menurut ajaran Katolik. Paderi Katolik dilarang bercinta dan berkahwin.
Sempena percintaan tersebut, para pengikut St Valentine telah mengingati dan menyambut Hari tersebut sebagai Valentine's Day (Hari Kekasih) untuk melafaz dan memadu kasih.
Umat Islam harus melafazkan rasa cinta dan kasih pada setiap hari terhadap Allah, Rasulullah, Islam, Ibu Bapa, Suami, Isteri, Anak-Anak, Cucu-Cucu, Saudara Seagama dll.
- ends -

Comments