Rabu, 30 Ogos 2017 - Sukan SEA 2017 telah pun berakhir dengan Malaysia merangkul 145 Pingat Emas, meninggalkan Thailand jauh di belakang. Ini merupakan satu pencapaian bersejarah berbanding pencapaian Malaysia sebelum ini. Walaupun kita tewas 1 - 0 kepada Thailand dalam perebutan Ibu segala Pingat malam tadi, kita telah dapat melupakan igauan tersebut dengan pungutan Pingat Emas paling banyak dan paling bersejarah. Dengan pencapaian tersebut, dijangkakan Malaysia akan meraikan Majlis Penutup Sukan SEA 2017 pada malam dengan pelbagai acara menarik, penuh berwarna-warni dan unik. Majlis pada malam ini bukan saja akan meraikan pencapaian bersejarah Malaysia, tetapi juga sempena menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Yang Ke-60 yang jatuh pada hari esok. Perkara paling menarik yang dapat saya lihat di sepanjang Sukan SEA ini ialah Perpaduan (Unity) yang terjalin di kalangan Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama, budaya, kepercayaan dan fahaman politik. Mereka telah melupakan segala-g...