Selasa, 29 Ogos 2017 - Syabas Malaysia! Sehingga kini Malaysia telah merangkul lebih 130 Pingat Emas dalam Sukan SEA 2017, dan dijangka akan memperolehi satu lagi Pingat Emas dalam acara Bola Sepak pada malam ini. Pingat Emas dalam acara Bola Sepak amat dinanti-nantikan oleh Rakyat Malaysia kerana ia merupakan Ibu kepada semua Pingat Emas yang dimenangi -The Mother Of All Gold Medals, The Cream of The Cake dan The Jewel of The Crown. Tanpa kemenangan ini, kita akan kehilangan keserian dan kemanisan sebagai Juara Sukan SEA 2017.
Anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee mesti menang pada malam ini. Mereka mesti bermain bersungguh-sungguh, berhempas-pulas dan bermati-matian untuk merangkul Pingat Emas. Mereka telah pun membuktikan kehebatan mereka dalam semua perlawanan sebelum ini. Saya yakin, pada malam ini mereka akan Bangkit Bersama dan Melakukannya sekali lagi.
Dengan kemenangan pada malam ini, kita akan melabuhkan tirai Sukan SEA 2017 dengan penuh Bergaya dan Cemerlang. Dengan kemenangan ini juga, yang merupakan kemuncak kepada semua Pingat Emas yang dimenangi, saya harap DS Najib akan mengisytiharkan Esok atau Isnin sebagai Cuti Umum sempena meraikan Kejuaraan kita dalam Sukan SEA 2017 dan sempena menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Yang Ke-60.
Malaysia Boleh! Kita Bangkit Bersama Sebagai Rakyat Malaysia!
- ends -

Comments