Skip to main content

Majlis Penutup Sukan SEA 2017 Dijangka Menarik

Rabu, 30 Ogos 2017 - Sukan SEA 2017 telah pun berakhir dengan Malaysia merangkul 145 Pingat Emas, meninggalkan Thailand jauh di belakang. Ini merupakan satu pencapaian bersejarah berbanding pencapaian Malaysia sebelum ini. Walaupun kita tewas 1 - 0 kepada Thailand dalam perebutan Ibu segala Pingat malam tadi, kita telah dapat melupakan igauan tersebut dengan pungutan Pingat Emas paling banyak dan paling bersejarah.

Dengan pencapaian tersebut, dijangkakan Malaysia akan meraikan Majlis Penutup Sukan SEA 2017 pada malam dengan pelbagai acara menarik, penuh berwarna-warni dan unik. Majlis pada malam ini bukan saja akan meraikan pencapaian bersejarah Malaysia, tetapi juga sempena menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Yang Ke-60 yang jatuh pada hari esok.

Perkara paling menarik yang dapat saya lihat di sepanjang Sukan SEA ini ialah Perpaduan (Unity) yang terjalin di kalangan Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama, budaya, kepercayaan dan fahaman politik. Mereka telah melupakan segala-galanya demi kemenangan Malaysia. Para atlet Malaysia yang terdiri daripada Melayu, Cina, India, Punjabi, Iban, Kadazan, Orang Asli dll telah bertarung berhabis-habisan demi Negara Malaysia, Jalur Gemilang dan NegaraKu. Para penyokong pula, sama ada yang berada di venue pertandingan atau di mana-mana saja, telah sama-sama bersorak secara patriotik demi kejayaan para atlet negara Malaysia.

Saya bersetuju dengan pendapat seorang Cendikiawan yang mengatakan, Sukan Boleh Menyatukan, Politik Boleh Memisahkan. Sports Unite, Politics Divide.

Saya harap, Perpaduan yang terjalin di kalangan rakyat Malaysia ini akan berterusan sehingga Hari Kemerdekaan esok, Hari Kebangsaan Malaysia yang jatuh pada 16 September dan selama-lamanya. Semua ini menuntut pematuhan terhadap Perlembagaan Negara dan Rukun Negara tanpa mempersoalkan hak masing-masing.

Sukan SEA 2017 bukan saja berjaya merapatkan hubungan negara-negara Asia Tenggara, tetapi juga berjaya membuktikan keupayaan negara Malaysia menganjurkan Sukan tersebut dengan sukses. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan Sukan tersebut, dari pihak Kementerian Belia dan Sukan hinggalah kepada para sukarelawan, tukang masak dll. Anda semua adalah pemenang Pingat Emas. All of you are Gold Medal winners. Tanpa anda semua, Sukan SEA 2017 tidak akan menemu kejayaan.

Syabas Malaysia. Anda berjaya Bangkit Bersama.  

- ends -

           

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...