Skip to main content

Sukan Menyatukan Rakyat

Ahad, 20 Ogos 2017 - Salah satu arena yang dapat menyatukan rakyat ialah Sukan. Ini dapat dilihat daripada Sukan SEA Ke-29 yang sedang berlangsung di KL.

Pelbagai bangsa, tanpa kira agama, budaya dan fahaman telah bersatu-padu mewakili Malaysia dalam pelbagai acara sukan. Begitu juga dengan para penonton yang datang menyaksikan acara perasmian dan pelbagai acara sukan yang diadakan. Melayu, Cina, India, Punjabi dll telah duduk bersama sebagai rakyat Malaysia untuk memberi sokongan kepada para atlet negara. Mereka berbual, bermesra dan bersorak bersama dengan semangat kesukanan yang satu. Mereka juga turut berdiri bersama dengan megah apabila lagu NegaraKu berkumandang. Mereka sanggup lupakan ras, agama, budaya dan fahaman masing-masing buat seketika. Ketika itu, mereka merasakan diri mereka sebagai rakyat Malaysia. Semua ini telah dapat dijana dan dijayakan oleh satu perkara yang bernama Sukan.

Setakat ini, Malaysia telah berjaya merangkul banyak Pingat Emas dan telah mendahului negara-negara lain. Mungkin juga Malaysia akan berjaya mencapai sasaran mereka iaitu 111 pingat Emas pada akhir Sukan SEA ini.

Acara Perasmian Sukan SEA Ke-29 semalam telah dijayakan dengan penuh meriah, berwarna-warni dan gilang-gemilang dengan sentuhan unik pancaran laser dan LED. Ia sungguh menakjubkan, luarbiasa dan terbaik sehingga kini berbanding Acara Perasmian sebelum ini yang diadakan oleh negara-negara Asia Tenggara yang lain. Syabas Malaysia, anda telah berjaya melakukannya!

Walau bagaimanapun, satu kecacatan telah dilakukan oleh Malaysia. Itupun tanpa disengajakan. Buku cenderamata Sukan SEA Ke-29 yang memaparkan bendera-bendera negara peserta telah tersilap cetak. Bendera Negara Indonesia telah dicetak secara terbalik! Sepatutnya warna Merah di atas dan Putih di bawah. Tetapi, sebaliknya yang berlaku. Ini telah menimbulkan kemarahan negara Indonesia. YB Khairi Jamaluddin telah segera memohon maaf di atas kesilapan cetak tersebut. Beliau telah pun bertemu rakan sejawatnya dan menyatakan rasa kesalnya. Permohonan maaf beliau telah diterima. Kementerian Luar kita, menerusi Menteri Luar Negara, YB Anifah Aman turut mengutus maaf kepada Kerajaan Indonesia. Presiden Jokowi telah menerima kemaafan tersebut dan meminta perkara tersebut tidak perlu diperbesar-besarkan. Itulah dia semangat persaudaraan dan setia kawan antara Malaysia dan Indonesia, bangsa serumpun. Syabas Indonesia!

Saya harap Sukan SEA Ke-29 akan berlangsung dengan sukses dan persahabatan kita dengan negara-negara Asia Tenggara terus terjalin erat.

- ends -

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...

Ledakan AI (AI Explosion)

 Apa itu AI? Ia kini riuh diperkatakan di mana-mana saja. Ia sudah menjadi satu Buzzword di seluruh dunia. Bukan itu saja, ia bakal Meledak di tahun ini, 2025!  AI yang dimaksudkan ialah Artificial Intelligence. Satu Kebijaksanaan Buatan yang dapat membantu kemajuan manusia dalam pelbagai perkara dengan pantas. Kita kini berada dalam fasa Generative AI dan akan beralih ke fasa lebih hebat, Agentic AI (SuperIntelligence) AI kini diasaskan oleh beberapa buah syarikat AI terkenal seperti OpenAI, Google (Gemini), Apple, Samsung dll. Samsung dipercayai telah melancarkan AI terkininya menerusi Galaxy Unpacked S25 pada 22 Jan 2025. AI akan menstruktur semula peranan industri, ekonomi, pendidikan, perubatan dan pekerjaan di seluruh dunia. Dari menyedia dan memproses pelbagai maklumat dan data besar dalam masa yang singkat, hinggalah kepada mempercepatkan proses pengilangan, pengeluaran, pembuatan dan pekerjaan.  Contohnya:- a. Jika kini, sebuah kilang dengan pekerja yang ramai da...