Skip to main content

Ledakan AI (AI Explosion)

 Apa itu AI? Ia kini riuh diperkatakan di mana-mana saja. Ia sudah menjadi satu Buzzword di seluruh dunia.

Bukan itu saja, ia bakal Meledak di tahun ini, 2025! 

AI yang dimaksudkan ialah Artificial Intelligence. Satu Kebijaksanaan Buatan yang dapat membantu kemajuan manusia dalam pelbagai perkara dengan pantas.

Kita kini berada dalam fasa Generative AI dan akan beralih ke fasa lebih hebat, Agentic AI (SuperIntelligence)

AI kini diasaskan oleh beberapa buah syarikat AI terkenal seperti OpenAI, Google (Gemini), Apple, Samsung dll.

Samsung dipercayai telah melancarkan AI terkininya menerusi Galaxy Unpacked S25 pada 22 Jan 2025.

AI akan menstruktur semula peranan industri, ekonomi, pendidikan, perubatan dan pekerjaan di seluruh dunia.

Dari menyedia dan memproses pelbagai maklumat dan data besar dalam masa yang singkat, hinggalah kepada mempercepatkan proses pengilangan, pengeluaran, pembuatan dan pekerjaan. 

Contohnya:-

a. Jika kini, sebuah kilang dengan pekerja yang ramai dapat mengeluarkan 1,000 produk dalam satu hari, dengan bantuan Mesin AI, kilang ini dengan pekerja yang sedikit, dapat mengeluarkan mungkin 5,000 produk dalam masa setengah hari.

Dengan AI, pengeluaran dapat ditingkatkan dengan cepat dan harga barangan dapat diturunkan. Para pengguna akan menikmati barangan lebih murah dan berkualiti.

b. Penyelidik yang mengambil masa berminggu atau berbulan untuk mengumpul maklumat dan data besar, akan dapat mengakses maklumat dan data besar ini dalam masa beberapa minit saja.

Dengan AI, penyelidikan dapat dilakukan dengan cepat dan kemas.

 c. Pekerja yang sentiasa sibuk boleh mengarahkan AI untuk menempah tiket Kapal Terbang, Restoran, Hotel, menetapkan masa Mesyuarat serta menguruskan emailnya. Semua ini dapat dilakukan dengan cekap dan pantas oleh AI sebagai Pembantu Peribadi (Personal Assistant).

Dengan AI, pekerja dapat melakukan tugasan lain yang lebih penting serta menjimatkan masa.

Sungguh hebat dan menakjubkan!

Adakah AI 100% sempurna? Tidak. Is AI 100% perfect? No. 

Seperti Manusia, AI juga melakukan kesilapan. Beberapa AI telah melakukan kesilapan. Tetapi, kebanyakannya boleh dipercayai.

AI akan menjadi Pembantu Peribadi Maya (Virtual Personal Assistant) dan Rakan Kerja dalam Poket (HandPhone) dan Laptop kita. Mudah bukan?

Inilah dia Dunia Sains dan Teknologi terkini. Kecekapan, kepintaran, kebijaksanaan, Pembantu Peribadi dan Rakan Kerja sentiasa berada dalam Poket dan Laptop kita menerusi AI. 

 Walau sebijak manapun AI, ia masih tidak boleh menggantikan manusia dalam semua perkara, terutama sekali dari aspek Membuat Keputusan Strategik, Pemikiran Kritikal, Pemikiran Kreatif, Kreativiti, Cetusan Idea Baru (Novel Ideas), Kepimpinan, Kebijaksanaan Emosi (EI), Empati, Komunikasi sesama manusia, Sentuhan Manusia (Human Touch), Imaginasi, Inspirasi, Menyelesaikan Masalah Kompleks dan lain-lain.

AI adalah Mesin dan Robotik yang telah diprogramkan dengan jutaan maklumat dan data besar yang diceduk dari pelbagai sumber dan Web di seluruh dunia. AI adalah Ciptaan dan Rekaan Manusia.

Sehubungan itu, AI perlulah dijadikan Pembantu Peribadi dan Rakan Kerja kita demi kemajuan dan kejayaan Manusia sejagat.

Walaupun ramai pekerja manual tertentu akan terjejas akibat pengenalan AI, banyak pekerjaan baru berkaitan AI (AI related jobs) akan wujud. 

Sehubungan itu, para pekerja sekarang perlulah dididiki dan dilengkapi dengan Literasi Digital dan Kemahiran AI.

Kerajaan, Syarikat Perniagaan dan Institusi Pendidikan perlulah melengkapkan para pekerja sekarang dengan Literasi Digital dan Kemahiran AI untuk menghadapi ledakan era AI sekarang dan akan datang.

Manusia dan AI perlulah bekerja sama untuk memastikan Teknologi AI ini dapat dimanfaatkan untuk memperkasakan manusia, bukan untuk menggantikan mereka. We need Human - Machine collaboration for our future development and progress.

- ends -

* Pernah bertugas di LPK sebelum menyertai Eric White Associates Sdn Bhd (Hill And Knowlton Group USA) dan menubuhkan Al Sadiq Consultants (PR and Translation). Kemudian menjadi Freelancer dan Blogger.


Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...