Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2008

Muqabalah, Muzakarah Dan Musyawarah PAS-UMNO Dialu-Alukan

Pertemuan di antara PAS-UMNO, dua buah pertubuhan Melayu Islam terbesar di Malaysia, bagi membincangkan isu perpaduan Melayu/Islam amatlah dialu-alukan dan memang tepat pada masanya. Walaupun PAS telah memutuskan bahawa ia tidak akan bekerjasama dengan UMNO atau BN bagi menubuhkan Kerajaan, tetapi kesudian PAS untuk terus bermuqabalah dan bermuzakarah dengan UMNO pada masa-masa akan datang demi perpaduan Melayu dan umat Islam adalah satu petanda baik. Selepas 8 Mac 2008, perpaduan di kalangan Melayu/Islam di Malaysia kelihatan semakin longgar, goyah dan kucar-kacir. Keretakan ini telah merugikan mereka tetapi menguntungkan anasir-anasir tertentu dari dalam dan luar negara yang sentiasa menghidu peluang dan ketika untuk mengucar-kacirkan negara ini dan seterusnya mengambil alih pucuk pimpinan Negara. Alhamdulillah, para pemimpin atasan kedua-dua buah pertubuhan ini telah cepat sedar akan pentingnya Silaturrahim di kalangan orang Melayu dan umat Islam, dan niat serong anasir-anasir ini y...

Harga Minyak Mentah Dunia – Sekejap Naik, Sekejap Turun!

Kenaikan harga minyak dan bahan makanan adalah satu fenomena global. Ia berlaku di seluruh dunia, sama ada di timur mahupun di barat, di selatan ataupun di utara. Amerika Syarikat, negara-negara Kesatuan Eropah, Jepun, Korea, China, India, Afrika, Amerika Selatan dan lain-lain juga turut terjejas. Tiada negara yang terlepas daripada cengkaman maut kenaikan harga minyak mentah dunia ini. Pelbagai pendapat telah dilontarkan tentang sebab-sebab berlakunya kenaikan harga minyak mentah dunia. Beberapa pakar ekonomi menjelaskan ia disebabkan oleh kekurangan pengeluaran dan bekalan minyak mentah di beberapa buah negara pengeluar, termasuk di Timur Tengah, Amerika, Afrika dan Amerika Selatan, permintaan melebihi bekalan, kejatuhan matawang AS, masalah subprima di AS, kemelesetan di AS, ancaman perang AS terhadap Iran, peperangan berlanjutan di Iraq dan Afghanistan, manipulasi para penyangak niaga hadapan di Barat (manipulation by commodities and futures traders), cuaca buruk dan bermacam-macam...

Melayu Mesti Bersatu

Nampaknya, orang Melayu kian berpecah selepas pilihan raya yang lalu. Keadaan ini semakin teruk ekoran kenaikan harga minyak mentah dunia yang mencetuskan kesan domino dan rantaian kepada pelbagai perkara, terutama sekali bahan makanan. Ini dikeruhkan lagi oleh isu terkini - masalah Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Najib. Walau apa pun terjadi, waimah perbezaan pendapat yang ketara, kita orang Melayu mestilah bersatu-padu bak Air Dicencang Tidak Akan Putus dan bak Kiambang Bertaut. Anggaplah diri kita air dan kiambang seperti yang pernah diperkatakan oleh nenek moyang kita dulu. Walau badai sekuat manapun, ia tetap Tidak Akan Putus dan Apabila Biduk Berlalu, Bertautlah Ia. Kita perlu utamakan perpaduan, keutuhan dan masa depan seluruh umat Melayu. Jangan pentingkan diri sendiri atau segelintir pihak dengan sanggup mengorbankan kesatuan dan hari muka orang-orang Melayu. Kita tidak boleh berbuat demikian. Ini akan memakan diri kita sendiri. Ini akan merugikan kita. Malaysia adalah satu-...

Amerika Syarikat – Jangan Masuk Campur Urusan Malaysia!

Amerika Syarikat, yang terkenal sebagai Polis dan Cowboy Dunia di bawah telunjuk Bush, kini mencari helah lagi. Selepas puas menipu, meranap dan memusnahkan ekonomi dan kehidupan beberapa buah negara Arab dan Islam, kini mereka beralih arah pula ke Asia Tenggara dengan mencampuri urusan rumah tangga Malaysia. Mereka menyelinap masuk dan mengambil kesempatan daripada masalah yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang. Bagi Amerika Syarikat, inilah ketika dan peluangnya untuk menyuntik jarum beracun mereka untuk mengucar-kacirkan sebuah lagi negara Islam yang selama ini sukar mereka tembusi. Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti sama-sama menolak dan menentang strategi dan niat jahat Amerika Syarikat ini. Jika tidak, negara tercinta kita ini akan musnah dan rakyat Malaysia yang bersatu-padu akan menjadi porak-peranda. Cuba lihat apa telah terjadi di Iraq, Palestin dan Afghanistan. Akibat tipu muslihat mereka, ratusan ribu rakyat Iraq, Palestin dan Afghanistan telah terkorban dan ...

Forum Kontrak Sosial Anjuran Majlis Peguam Dipersoal

Mengapa, tiba-tiba saja mereka mahu menganjurkan Forum Kontrak Sosial? Kenapa tidak Forum dengan topik-topik lain, terutama sekali berkaitan perundangan. Mengapa Kontrak Sosial yang menyentuh kepentingan orang Melayu dan telah termaktub dalam Perlembagaan Negara dibicarakan oleh para penceramah bukan Melayu pula? Apakah motif dan niat mereka di sebalik usaha ini? Tidak lain dan tidak bukan, ada udang di sebalik batu dan cuba menangguk di air keruh. Mereka mahu terus mengasak, menekan dan mendesak orang-orang Melayu yang kini berada dalam keadaan bersengketa sesama sendiri, tidak bersatu, kucar-kacir dan lemah. Mereka mahu mencocok jarum mereka supaya orang Melayu terus tertekan dan akhir mengalah kepada mereka. Takrif Kontrak Sosial yang dijelaskan oleh Tun Dr Mahathir dalam blognya Che Det, perlu direnungkan.

Nama Jalan Di Pulau Pinang Mesti Terus Dalam BM

Saya pernah menjelajah ke beberapa buah negera, termasuk Sweden, Denmark, Germany, Austria, Itali, Perancis, England, Australia, Rusia, Pakistan, Jepun, Korea dll, tetapi tidak pernah melihat nama-nama jalan mereka menggunakan nama-nama asing selain daripada nama-nama dalam bahasa mereka. Saya juga tidak pernah sesat di negara-negara tersebut walaupun nama-nama jalan mereka ditulis dalam bahasa mereka. Negara-negara ini juga popular dan kerap dikunjungi oleh pelbagai pelancong asing, dan mereka ini pula tidak pernah sesat dan meminta agar nama-nama jalan itu ditukar kepada bahasa para pelancong. Malah, mereka lebih suka nama-nama jalan itu terus berada dalam bahasa negara-negara tersebut kerana ia menunjukkan keasaingan, kelainan dan bahawa mereka sebenarnya sedang berada di luar negara, bukannya di negara sendiri. Di samping itu, mereka juga berpeluang belajar bahasa asing tersebut. Tetapi, lain pula yang berlaku di Pulau Pinang, Malaysia. Terdapat suara-suara sumbang yang mahukan nam...

Jangan Boikot Utusan Malaysia!

Dalam era digital dan maya sekarang, di mana kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan kebebasan menulis sering diperjuangkan, masih terdapat sekumpulan manusia di Malaysia yang menyeru supaya memboikot akhbar tertentu. Akhbar yang dimaksudkan ialah Utusan Malaysia, hanya kerana akhbar ini memperjuangkan sesuatu dan memberikan pendapat-pendapat yang berbeza. Yang peliknya, kumpulan ini terdiri daripada mereka yang sering melenting sekiranya kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara disekat. Yang lebih membingungkan lagi, tindakan ini turut disahuti oleh orang-orang Melayu tertentu. Tidak sedarkah mereka atau mungkin mereka lupa sejarah, bahawa akhbar inilah (dulunya Utusan Melayu), sejak zaman sebelum merdeka lagi, telah bermati-matian memperjuangkan orang-orang Melayu, Tanah Melayu, hak keistimewaan Melayu, kedaulatan Melayu, ketuanan Melayu, Raja-Raja Melayu, Kemerdekaan dll. Tetapi, disebabkan oleh kepentingan diri dan politik mereka, mereka ini sanggup bersekongkol dengan kumpulan pen...