Skip to main content

Muqabalah, Muzakarah Dan Musyawarah PAS-UMNO Dialu-Alukan

Pertemuan di antara PAS-UMNO, dua buah pertubuhan Melayu Islam terbesar di Malaysia, bagi membincangkan isu perpaduan Melayu/Islam amatlah dialu-alukan dan memang tepat pada masanya. Walaupun PAS telah memutuskan bahawa ia tidak akan bekerjasama dengan UMNO atau BN bagi menubuhkan Kerajaan, tetapi kesudian PAS untuk terus bermuqabalah dan bermuzakarah dengan UMNO pada masa-masa akan datang demi perpaduan Melayu dan umat Islam adalah satu petanda baik.

Selepas 8 Mac 2008, perpaduan di kalangan Melayu/Islam di Malaysia kelihatan semakin longgar, goyah dan kucar-kacir. Keretakan ini telah merugikan mereka tetapi menguntungkan anasir-anasir tertentu dari dalam dan luar negara yang sentiasa menghidu peluang dan ketika untuk mengucar-kacirkan negara ini dan seterusnya mengambil alih pucuk pimpinan Negara.

Alhamdulillah, para pemimpin atasan kedua-dua buah pertubuhan ini telah cepat sedar akan pentingnya Silaturrahim di kalangan orang Melayu dan umat Islam, dan niat serong anasir-anasir ini yang didalangi oleh polis dunia, AS. Hasil daripada kesedaran itu, mereka telah mula bersua muka bagi membicarakan isu perpaduan Melayu/Islam. Mereka sanggup buang yang keruh, ambil yang jernih, demi keutuhan masa depan Melayu/Islam. Syabas!

Seperti saya perkatakan dalam artikel yang lalu, perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama amat bergantung erat kepada perpaduan Melayu Islam. Sekiranya perpaduan di kalangan Melayu Islam tergugat, perpaduan seluruh negara akan turut tercemar dan lebur. Sebagai Bumiputera dan penduduk asal yang dominan di negara ini, orang Melayu Islam adalah nadi, teras dan tunggak utama kepada perpaduan, keharmonian, keamaman, kestabilan politik dan kemajuan negara Malaysia. Ini adalah satu realiti yang tidak dapat dinafikan.

Sama ada PAS, UMNO atau mana-mana pertubuhan Melayu Islam yang lain, kita mempunyai Allah yang Satu, Rasul yang Sama, Kiblat yang Sama, Agama yang Sama, Bangsa dan Rumpun yang Sama. Oleh itu, mengapa kita harus berbalah sesama kita. Kita adalah bersaudara dan tidak sepatutnya bersengketa yang akhirnya akan memudaratkan diri kita sendiri. Kita mesti sentiasa bersatu-padu walaupun mempunyai pelbagai pendapat yang bebeza. Perbezaan pendapat adalah dibenarkan oleh Islam, malah digalakkan bagi mencetuskan sesuatu yang lebih baik dan bernas. Tetapi, apa yang tidak dibenarkan ialah perpecahan di kalangan umat Islam. Ini adalah bertentangan dengan ajaran suci Islam. Cuba lihat apa yang berlaku di negara-negara Islam seperti Palestin, Iraq, Pakistan, Syria, Afghanistan dll. Rakyat mereka sering berbalah dan berbunuhan sesama bangsa dan agama hanya disebabkan oleh mazhab dan pendapat yang berbeza. Ini dilarang oleh Islam. Amat sedih dan memalukan! Hampir setiap hari ada saja rakyat mereka yang terkorban dan cedera akibat ketaksuban. Kita tidak mahu perkara ini berlaku di negara Malaysia. Kita semua mesti sentiasa berpaut erat pada satu tali Allah walaupun berbeza pendapat. Kita perlu ibaratkan diri kita bak Air Dicencang Tidak Akan Putus dan Kimbang Bertaut Selepas Biduk Berlalu.
Perbalahan dan keretakan di kalangan Melayu Islam sebenarnya telah dan akan mengundang lebih banyak masalah. Ekoran daripada kerapuhan perpaduan di kalangan Melayu Islam hari ini, pihak-pihak tertentu telah mula lantang dan berani mempersoalkan Ketuanan Melayu, Kedaulatan Melayu, Hak Keistimewean Melayu, Kontrak Sosial, Kedudukan Agama Islam, Bahasa Melayu, Perlembagaan Negara dll. Semua ini bukan saja akan merugikan Melayu Islam, malah seluruh rakyat Malaysia kerana perpaduan, keamanan, kemakmuran, kestabilan politik, kemajuan dan keharmonian negara Malaysia amat bergantung kepada perpaduan erat orang Melayu Islam. Sekiranya mereka berbalah dan berpecah, seluruh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama akan turut tergugat kerana orang Melayu sebagai Bumiputera dan penduduk asal negara ini adalah nadi, tunggak, teras, tulang belakang, tiang seri dan bangsa dominan negara Malaysia. Kaum bukan Melayu harus faham dan terima hakikat ini. Oleh itu, jangan bimbang, perpaduan di kalangan Melayu Islam akan memastikan negara terus aman, makmur dan maju

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...