Skip to main content

Jangan Boikot Utusan Malaysia!

Dalam era digital dan maya sekarang, di mana kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan kebebasan menulis sering diperjuangkan, masih terdapat sekumpulan manusia di Malaysia yang menyeru supaya memboikot akhbar tertentu. Akhbar yang dimaksudkan ialah Utusan Malaysia, hanya kerana akhbar ini memperjuangkan sesuatu dan memberikan pendapat-pendapat yang berbeza. Yang peliknya, kumpulan ini terdiri daripada mereka yang sering melenting sekiranya kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara disekat.

Yang lebih membingungkan lagi, tindakan ini turut disahuti oleh orang-orang Melayu tertentu. Tidak sedarkah mereka atau mungkin mereka lupa sejarah, bahawa akhbar inilah (dulunya Utusan Melayu), sejak zaman sebelum merdeka lagi, telah bermati-matian memperjuangkan orang-orang Melayu, Tanah Melayu, hak keistimewaan Melayu, kedaulatan Melayu, ketuanan Melayu, Raja-Raja Melayu, Kemerdekaan dll.

Tetapi, disebabkan oleh kepentingan diri dan politik mereka, mereka ini sanggup bersekongkol dengan kumpulan penentang Melayu untuk sama-sama memboikot dan membunuh Utusan Malaysia kononnya akhbar ini bias dan rasis. Akhbar ini tidak berat sebelah, tidak rasis, malah sering menyatakan kebenaran dan realiti suasana semasa. Utusan Malaysia juga sentiasa memperjuangkan perpaduan dan keharmonian negara.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...