Skip to main content

Amerika Syarikat – Jangan Masuk Campur Urusan Malaysia!

Amerika Syarikat, yang terkenal sebagai Polis dan Cowboy Dunia di bawah telunjuk Bush, kini mencari helah lagi. Selepas puas menipu, meranap dan memusnahkan ekonomi dan kehidupan beberapa buah negara Arab dan Islam, kini mereka beralih arah pula ke Asia Tenggara dengan mencampuri urusan rumah tangga Malaysia. Mereka menyelinap masuk dan mengambil kesempatan daripada masalah yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang. Bagi Amerika Syarikat, inilah ketika dan peluangnya untuk menyuntik jarum beracun mereka untuk mengucar-kacirkan sebuah lagi negara Islam yang selama ini sukar mereka tembusi.

Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti sama-sama menolak dan menentang strategi dan niat jahat Amerika Syarikat ini. Jika tidak, negara tercinta kita ini akan musnah dan rakyat Malaysia yang bersatu-padu akan menjadi porak-peranda. Cuba lihat apa telah terjadi di Iraq, Palestin dan Afghanistan. Akibat tipu muslihat mereka, ratusan ribu rakyat Iraq, Palestin dan Afghanistan telah terkorban dan menderita. Di samping menguasai Timur Tengah demi survival Israel, minyak negara-negara Islam disedut sesuka hati untuk kepentingan rakyat dan tentera mereka, sementara para spekulator komoditi mereka terus meraih keuntungan besar dengan memanupulasi harga minyak dunia. Kini, harga minyak dunia telah melepasi angka US$140.00 dan dijangka akan naik lagi.

Beberapa pakar ekonomi antarabangsa, termasuk para pemimpin Arab Saudi dan Iran menyatakan bekalan dan permintaan minyak boleh dikatakan stabil dan seimbang, dan harga minyak dunia tidak sepatutnya melambung tinggi seperti sekarang. Ia sepatutnya berlegar di sekitar US$50 hingga US$60. Tetapi, kenapa perkara ini boleh berlaku? Kini, telah muncul beberapa orang jutawan segera di Amerika Syarikat yang mula menggerudi minyak di bumi Amerika Syarikat. Sama-samalah kita siasat dan fikirkan.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...