Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

SPRM Tahan Lim Guan Eng Dan Phang Li Khoon

Rabu, 24 Ramadhan 1437H, 29 Jun 2016 - SPRM telah mengesahkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Khoon telah ditahan atas arahan Peguam Negara. Lim ditahan di pejabatnya di Komtar pada jam 5.15 petang sementara Phang ditahan di pejabatnya pada jam 4.15 petang. Mereka dijangka akan dihadapkan ke mahkamah esok, 30 Jun 2016. Dalam blog posting saya pada 19 Mac, saya menyatakan kes Lim Guan Eng ini boleh dikatakan sama seperti kes DS Dr Khir Toyo. Beliau hanya menunggu masa untuk ditahan selepas SPRM selesai mengumpulkan bukti kukuh. Penahanan tersebut jelas membuktikan bahawa Lim dan DAP sebenarnya tidak mengamalkan prinsip CAT (Competency, Accountability dan Transparency) yang sering mereka war-warkan. Come on Lim, now we know that you don't practise what you preached. All of them are just hot air. What a shame! I hope MACC (SPRM) will carry out their duty effectively and charge them without fear or favour. Let the Court decides and ...

Breaking News - DS Najib Dijangka Umum Rombakan Kabinet Pada Jam 3.15 Ptg Ini

Isnin, 22 Ramadhan 1437H, 27 Jun 2016 - Breaking News - Seperti yang saya nyatakan dalam blog posting saya pada pagi semalam, pada jam 3.15 petang ini DS Najib dijangka akan mengumumkan Rombakan Kabinet secara kecil-kecilan bagi mengisi kekosongan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri. Pengumuman ini dijangka akan dibuat di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya dan boleh diikuti di semua saluran TV. Muka lama dan muka baru dijangka bakal melengkapi Kabinet DS Najib bagi memantapkan Kabinet Kerajaan Pusat dan bagi persiapan menghadapi PRU-14 pada tahun 2018. - ends -    

Rombakan Kabinet Pada Minggu Depan Atau Selepas Aidilfitri?

Ahad, 21 Ramadhan 1437H, 26 Jun 2016 - Mungkinkah Rombakan Kabinet secara kecil-kecilan akan berlaku pada minggu depan atau selepas Hari Raya Aidilfitri? Ini memandangkan Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah pun berakhir dengan berpihak kepada BN. Menteri Industri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Unggah Embas telah pun dilantik sebagai salah seorang daripada Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Sehubungan itu, beliau perlu melepaskan jawatannya sebagai Menteri Kabinet dan perlu diisi oleh seorang wakil dari Sarawak juga. Kemungkinan besar MP Kapit, Alexander Nanta Linggi akan menggantikan beliau. Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggungjawabkan bagi hal ehwal Ekonomi Negara, telah pun bersara ekoran tamat penggal sebagai Senator. Begitu juga dengan DS Idris Jala yang telah bersara kerana tamat penggal pada Ogos tahun lalu. Ekoran trajedi nahas helikopter di Sarawak yang meragut nya...

Breaking News - United Kingdom Keluar Dari Kesatuan Eropah

Jumaat,19 Ramadhan 1437H, 24 Jun 2016 - Breaking News - Rakyat UK telah bersuara melalui Referendum untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU). Ini bermakna, UK akan keluar dari EU setelah menjadi ahli Kesatuan tersebut selama 43 tahun, dan Kempen Brexit telah berjaya. Seramai 52% rakyat UK telah memilih untuk keluar EU, sementara 48 % memilih untuk kakal dalam EU. Peratusan rakyat UK yang keluar mengundi adalah kira-kira 72%. Sebentar tadi, di hadapan Kediaman Perdana Menteri, 10 Downing Street, Perdana Menteri David Cameron berkata dengan Referendum tersebut UK memerlukan pemimpin baru dan beliau akan meletakkan jawatan dalam bulan Oktober. Dalam kempennya sebelum ini, beliau berpendirian UK perlu kekal bersama EU. Tetapi, suara rakyat perlu dihormati kerana UK adalah sebuah negara Demokratik yang terkenal. England dan Wales telah memilih Brexit (keluar) sementara London, Scotland dan Ireland Utara mahu kekal bersama EU. Kejayaan Brexit merupakan kemenangan besar bagi Nigel Far...

Keputusan Rasmi - Sungai Besar Dan Kuala Kangsar Kekal Milik BN Dengan Majoriti Lebih Besar

Sabtu, 13 Ramadhan 1437H, 18 Jun 2016 - Para pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah pun bersuara. Mereka telah mengekalkan BN bagi Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar dengan majoriti lebih besar. Di Sungai Besar, calon BN memperolehi 16,800 undi dengan majoriti 9,191 sementara di Kuala Kangsar, calon BN memperolehi 12,653 undi dengan majoriti 6,969. Kedua-dua majoriti tersebut mengatasi majoriti yang BN perolehi dalam PRU-13.   Seperti yang saya duga, undi para pengundi Melayu telah berpecah tiga dan memberi kelebihan kepada BN. Kebanyakan undi Cina masih berpihak kepada PAN, proksi DAP tetapi BN telah berjaya memenangi sebahagian daripadanya. Ini menunjukkan bahawa ramai pengundi Cina, terutama sekali para peniaga, nelayan dan petani sudah beralih semula kepada BN. Mereka berpendapat parti PAN tidak akan dapat berbuat apa-apa jika dipilih kerana BN tetap menjadi Kerajaan Pusat dan berkuasa. Pemilihan PAN mungkin akan menjejaskan perniagaan dan projek mereka...

Al-Fatihah Untuk Tan Sri Abdullah Ahmad (Dollah Kok Lanas)

Rabu, 10 Ramadhan 1437H, 15 Jun 2016 - Saya rasa masih belum terlewat lagi untuk saya memanjatkan Ummul Quran, Al-Fatihah kepada Tan Sri Abdullah Ahmad (Dollah Kok Lanas) yang telah kembali ke Rahmatullah pada 12 Jun lalu pada usia 79 tahun. Beliau meninggal dunia akibat penyakit kanser. Saya rasa amat terkilan sekiranya saya tidak merakamkan sesuatu untuk Allahyarham yang telah mencurahkan banyak jasa kepada bangsa dan negara. Blog posting ini juga merupakan yang pertama dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Ini bermakna sudah 10 hari saya tidak mengemaskinikan blog ini. Pada bulan penuh kemuliaan ini, saya rasa agak letih sedikit untuk memerah otak untuk menulis, tetapi masih tetap meneruskan minat saya untuk membaca bagi menambahkan ilmu. Kehidupan Tan Sri Abdullah Ahmad agak menarik dan penuh berwarna-warni. Tan Sri  Abdullah Ahmad, seorang bijak yang berkelulusan tinggi, pernah menjadi wartawan, editor, ketua editor, ketua editor kumpulan NSTP, ahli politik, setiausaha po...

Muhammad Ali 'The Greatest' Kembali Kepada Allah The Almighty

Sabtu, 28 Syaaban 1437H, 4 Jun 2016 - Muhammad Ali 'The Greatest', 74 tahun, legenda tinju dunia, telah kembali menemui Khaliqnya, Allah The Almighty, pada hari Jumaat (waktu Amerika Syarikat), di sebuah Hospital di Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat. Beliau meninggal dunia akibat penyakit Parkinson's yang beliau hidapi sejak 32 tahun lalu. Anakanda beliau, Hana Ali berkata ayahnya adalah ibarat "a humble mountain" (sebuah gunung yang merendahkan diri). Seperti remaja-remaja kampung yang lain pada awal 60-an, saya mula mengenali beliau melalui Televisyen hitam putih. Siaran tinju (boxing) yang dipaparkan ketika itu sering menampilkan seorang peninju hebat berkulit hitam bernama Cassius Clay. Beliau bukan saja hebat bertinju di gelanggang tetapi juga hebat berpidato di luar gelanggang. Beliau kemudiannya telah memeluk agama Islam dengan mengambil nama Muhammad Ali, sempena gabungan nama Rasulullah SAW dan Sayidina Ali. Selepas memeluk Agama Islam beliau semakin...

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Marhaban Ya Ramadhan

Jumaat, 27 Syaaban 1437H, 3 Jun 2016 Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Marhaban Ya Ramadhan Penghulu Segala Bulan Bulan Ketaqwaan Bulan Keimanan Bulan Keagungan Bulan Kerahmatan Bulan Keberkatan Bulan Nuzul Al-Quran Bulan Bacaan Bulan Kefahaman Bulan Keilmuan Bulan Amalan Bulan Lailatul Qadar Dikurniakan Bulan Keampunan Bulan Gandaan Ganjaran Bulan Kemuliaan Bulan Permintaan Bulan Kemakbulan Bulan Ketahanan Bulan Kerohanian Bulan Pembersihan Bulan Kejernihan Bulan Kesihatan Bulan Pendidikan Bulan Tarawih Diadakan Bulan Pelbagai Ibadah Dikerjakan Bulan Dermawan Bulan Bantuan Bulan Persaudaraan Bulan Neraka Diharamkan Bulan Syurga Dialu-alukan Bulan Ar-Rayyan Bulan Cabaran Bulan Dugaan Bulan Ujian Bulan Kesedaran Bulan Keinsafan Bulan Keibadahan Bulan Ketaubatan Bulan Keredhaan Bulan Keikhlasan Bulan Penjimatan Bulan Pengurusan Bulan Kekayaan Bulan Kerajinan Bulan Kesabaran Bulan Ketenangan Bulan Ketabahan Bulan Ketaatan Bulan Yan...

PAN Calonkan Bekas Saintis Nuklear Untuk Parlimen Kuala Kangsar

Jumaat, 27 Syaaban 1437H, 3 Jun 2016 - PAN telah menamakan Dr Ahmad Termizi Ramli, 61 tahun, bekas profesor Universiti Teknologi Malaysia, sebagai calon bagi Parlimen Kuala Kangsar. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Mat Sabu di Kota Lama Kanan malam tadi. Dengan pengumuman tersebut, Parlimen Kuala Kangsar akan ditandingi secara tiga penjuru seperti Sungai Besar. Bezanya, Kuala Kangsar akan ditandingi oleh para profesional terdiri daripada Peguam, Doktor dan Bekas Profesor. Pertandingan di Kuala Kangsar dijangka sengit dan menarik kerana kekuatan masing-masing agak seimbang. Sesiapa saja boleh menang dengan majoriti tipis. Penamaan calon bagi dua kawasan ini akan diadakan pada 5 Jun sementara PRK akan diadakan pada 18 Jun, dalam bulan Ramadhan. - ends -   

Sungai Besar Ditandingi Tiga Penjuru

Khamis, 26 Syaaban 1437H, 2 Jun 2016 - Seperti yang saya duga, Parlimen Sungai Besar akan ditandingi secara tiga penjuru. Malam tadi, bertempat di Dewan Sri Sekinchan, PAN mengumumkan mereka akan meletakkan Encik Azhar Ab Shukur, 51 tahun, bekas guru Tahfiz dan kini seorang ahli perniagaan, sebagai calon mereka. Ini bermakna Parlimen Sungai Besar akan ditandingi oleh BN yang diwakili oleh Datuk Budiman Mohd Zohdi, PAS oleh Dr Abdul Rani dan PAN oleh Azhar Ab Shukur. Dijangkakan undi Melayu Islam akan berpecah tiga sementara undi Cina dan India yang merangkumi 34 % daripada para pengundi Sungai Besar akan menjadi penentu 'King Maker' kepada PRK itu. Sekiranya peratusan undi Melayu Islam yang diperolehi oleh BN pada PRU 13 tidak berubah, BN akan menang kerana undi Melayu Islam untuk PAS dan PAN akan berpecah dua. PAN pasti perlukan bantuan DAP dan PKR untuk mendapatkan majoriti undi Cina untuk meraih kemenangan. BN dengan bantuan MCA dan MIC perlu bekerja lebih keras un...