Skip to main content

Keputusan Rasmi - Sungai Besar Dan Kuala Kangsar Kekal Milik BN Dengan Majoriti Lebih Besar

Sabtu, 13 Ramadhan 1437H, 18 Jun 2016 - Para pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah pun bersuara. Mereka telah mengekalkan BN bagi Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar dengan majoriti lebih besar.

Di Sungai Besar, calon BN memperolehi 16,800 undi dengan majoriti 9,191 sementara di Kuala Kangsar, calon BN memperolehi 12,653 undi dengan majoriti 6,969. Kedua-dua majoriti tersebut mengatasi majoriti yang BN perolehi dalam PRU-13.  

Seperti yang saya duga, undi para pengundi Melayu telah berpecah tiga dan memberi kelebihan kepada BN. Kebanyakan undi Cina masih berpihak kepada PAN, proksi DAP tetapi BN telah berjaya memenangi sebahagian daripadanya. Ini menunjukkan bahawa ramai pengundi Cina, terutama sekali para peniaga, nelayan dan petani sudah beralih semula kepada BN. Mereka berpendapat parti PAN tidak akan dapat berbuat apa-apa jika dipilih kerana BN tetap menjadi Kerajaan Pusat dan berkuasa. Pemilihan PAN mungkin akan menjejaskan perniagaan dan projek mereka di masa akan datang.

Pembebasan dua orang nelayan Cina Sekincan daripada tahanan di Indonesia juga telah memberi kelebihan kepada calon BN di Sungai Besar. Ekoran daripada perkembangan tersebut, sebahagian besar daripada keluarga dan rakan-rakan mereka serta para pengundi Cina yang lain telah memilih calon BN sebagai membalas jasa dan usaha BN itu.

Peratusan bilangan pengundi yang agak tinggi (74% di Sungai Besar dan 71% di Kuala Kangsar) serta faktor Azmin Ali juga turut menyumbang kepada kemenangan BN. Majoriti pengundi Melayu masih memilih BN sementara ramai penyokong PH menjadi keliru dengan tindakan Azmin Ali yang menyokong calon PAN (parti serpihan PAS) walaupun berbaik dan berkongsi kuasa dengan PAS di Selangor. Mereka menjadi bingung dan akhirnya bertindak memilih salah satu daripada parti tersebut, merosakkan undi atau memilih saja calon BN. Tindakan ini telah menguntungkan BN.  
    
Sokongan Tun Dr Mahathir kepada PAN juga tidak menjadi. Midas Touch beliau semakin lemah. Beliau telah meminta rakyat Sungai Besar dan Kuala Kangsar memilih PAN sebagai referendum untuk DS Najib meletakkan jawatan. Sebaliknya, lain pula yang berlaku. Rakyat telah memilih BN dan memberikan referendum kepada Tun Dr Mahathir supaya menghentikan saja kempen Save Malaysia dan Deklarasi Rakyat beliau yang hanya bertujuan untuk membantu keluarga dan kroninya serta menguntungkan Team Lim Kit Siang dan DAP.

                 


- ends -

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...