Skip to main content

Sungai Besar Ditandingi Tiga Penjuru

Khamis, 26 Syaaban 1437H, 2 Jun 2016 - Seperti yang saya duga, Parlimen Sungai Besar akan ditandingi secara tiga penjuru.

Malam tadi, bertempat di Dewan Sri Sekinchan, PAN mengumumkan mereka akan meletakkan Encik Azhar Ab Shukur, 51 tahun, bekas guru Tahfiz dan kini seorang ahli perniagaan, sebagai calon mereka.

Ini bermakna Parlimen Sungai Besar akan ditandingi oleh BN yang diwakili oleh Datuk Budiman Mohd Zohdi, PAS oleh Dr Abdul Rani dan PAN oleh Azhar Ab Shukur.

Dijangkakan undi Melayu Islam akan berpecah tiga sementara undi Cina dan India yang merangkumi 34 % daripada para pengundi Sungai Besar akan menjadi penentu 'King Maker' kepada PRK itu.

Sekiranya peratusan undi Melayu Islam yang diperolehi oleh BN pada PRU 13 tidak berubah, BN akan menang kerana undi Melayu Islam untuk PAS dan PAN akan berpecah dua. PAN pasti perlukan bantuan DAP dan PKR untuk mendapatkan majoriti undi Cina untuk meraih kemenangan.

BN dengan bantuan MCA dan MIC perlu bekerja lebih keras untuk meraih undi Cina dan India. Jika mereka berjaya memperolehi sebahagian daripada undi Cina dan India dan majoriti daripada undi Melayu Islam, BN akan menang. Isu Rang Undang-Undang Pindaan Syariah yang sibuk diperkatakan sekarang sebagai Hudud boleh melumpuhkan PAN. DAP dan PKR pasti menolak Pindaan tersebut. Isu berkenaan akan menyebelahi PAS dan UMNO/BN.

- ends -      

  

 

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...