Jumaat,19 Ramadhan 1437H, 24 Jun 2016 - Breaking News - Rakyat UK telah bersuara melalui Referendum untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU). Ini bermakna, UK akan keluar dari EU setelah menjadi ahli Kesatuan tersebut selama 43 tahun, dan Kempen Brexit telah berjaya.
Seramai 52% rakyat UK telah memilih untuk keluar EU, sementara 48 % memilih untuk kakal dalam EU. Peratusan rakyat UK yang keluar mengundi adalah kira-kira 72%.
Sebentar tadi, di hadapan Kediaman Perdana Menteri, 10 Downing Street, Perdana Menteri David Cameron berkata dengan Referendum tersebut UK memerlukan pemimpin baru dan beliau akan meletakkan jawatan dalam bulan Oktober. Dalam kempennya sebelum ini, beliau berpendirian UK perlu kekal bersama EU. Tetapi, suara rakyat perlu dihormati kerana UK adalah sebuah negara Demokratik yang terkenal.
England dan Wales telah memilih Brexit (keluar) sementara London, Scotland dan Ireland Utara mahu kekal bersama EU. Kejayaan Brexit merupakan kemenangan besar bagi Nigel Farage yang mahu UK keluar dari EU sejak 20 tahun lalu.
David Cameron berkata beliau akan terus mengemudikan Bahtera dalam masa beberapa minggu atau bulan, dan selepas itu Kaptan baru perlu dipilih untuk mengemudikan Bahtera ke destinasi yang ditujui.
Ramai pemimpin EU tersentak dengan keputusan tersebut. Mungkinkah selepas ini ada negara Eropah lain yang mengikuti jejak UK?
Ekoran daripada Referendum tersebut Saham UK dan Matawang Pound Sterling telah jatuh. Saham di Asia juga didapati menjunam.
Para penduduk UK terkenal dengan budaya dan sikap mereka yang sentiasa mahu berdikari. Itu sebabnya sehingga sekarang Pound Sterling masih digunakan di UK dan bukannya Euro Dollar. Mereka juga percaya mereka lebih hebat daripada orang Eropah yang lain, terutama sekali orang Perancis dan Jerman. Itulah sikap, pegangan dan kepercayaan mereka sejak zaman kolonial lagi.
Best of luck to all the British people.
- ends -

Comments