Skip to main content

Muhammad Ali 'The Greatest' Kembali Kepada Allah The Almighty

Sabtu, 28 Syaaban 1437H, 4 Jun 2016 - Muhammad Ali 'The Greatest', 74 tahun, legenda tinju dunia, telah kembali menemui Khaliqnya, Allah The Almighty, pada hari Jumaat (waktu Amerika Syarikat), di sebuah Hospital di Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat. Beliau meninggal dunia akibat penyakit Parkinson's yang beliau hidapi sejak 32 tahun lalu. Anakanda beliau, Hana Ali berkata ayahnya adalah ibarat "a humble mountain" (sebuah gunung yang merendahkan diri).

Seperti remaja-remaja kampung yang lain pada awal 60-an, saya mula mengenali beliau melalui Televisyen hitam putih. Siaran tinju (boxing) yang dipaparkan ketika itu sering menampilkan seorang peninju hebat berkulit hitam bernama Cassius Clay. Beliau bukan saja hebat bertinju di gelanggang tetapi juga hebat berpidato di luar gelanggang.

Beliau kemudiannya telah memeluk agama Islam dengan mengambil nama Muhammad Ali, sempena gabungan nama Rasulullah SAW dan Sayidina Ali. Selepas memeluk Agama Islam beliau semakin terkenal dan hebat bertinju dan telah memenangi pelbagai gelaran termasuk gelaran World Heavyweight Champion sebanyak tiga kali.

Ketika di zaman kegemilangannya, slogan terkenal beliau telah menjadi daya tarikan serta memukau seluruh dunia. Siapa tidak tahu dengan slogan terkenal beliau seperti "Float Like A Butterfly And Sting Like A Bee" (Terapung-Apung Seperti Kupu-Kupu Dan Menyengat Seperti Lebah) dan "When I Work, The Whole World Stop" (Apabila Saya Bekerja, Seluruh Dunia Terhenti). Semua ini mengisahkan kelincahan, kehebatan dan populariti beliau.

Saya masih ingat lagi, sebuah Sekolah Melayu di Port Klang terpaksa menyewa TV dan murid-murid mereka berhenti belajar seketika hanya untuk menonton Muhammad Ali bertinju untuk merebut gelaran Heavyweight Champion. Jalan-jalan raya di seluruh Malaysia didapati lengang sehinggakan tikus-tikus bermaharajalela menyeberangi jalan-jalan raya. Kejadian ini juga berlaku di seluruh dunia. Agong, Sultan-Sultan, Kings, Queens, para Pemimpin dunia dll., semuanya berhenti bekerja hanya untuk menonton Muhammad Ali bertinju. Begitulah hebatnya hamba Allah ini yang bernama Muhammad Ali.

Akhirnya beliau tewas kepada Penyakit Parkinson's, penyakit urat saraf. Ini mungkin disebabkan oleh tumbukan-tumbukan di kepala yang beliau terima semasa bertinju. Beberapa pakar motivasi dunia turut merakamkan kehebatan Muhammad Ali dengan berkata "You Know Why Muhammad Ali Is The Greatest? Because He Receives More Punches Than Other Boxers". Anda Tahu Mengapa Muhammad Ali Begitu Hebat. Kerana Beliau Terima Lebih Banyak Tumbukan Daripada Para Peninju Lain. Itulah dia Lagenda Tinju dunia bernama Muhammad Ali.

Al-Fatihah. Semoga Allah Ampuni Segala Dosanya, Cucuri Rahmat Ke Atas Rohnya Dan Tempatkan Beliau Bersama Para Solihin. Aamiin.                      


- ends -    

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...