Di sebuah Forum yang diadakan di London baru-baru ini, Dr Mahathir telah menyatakan bahawa sekiranya Parti Pembangkang menang dalam PRU14, TS Muhyiddin Yassin akan dipilih sebagai Perdana Menteri. Beliau juga berkata Perdana Menteri tidak akan diberi kebebasan untuk membuat keputusan, sebaliknya perlu merujuk kepada Pengerusi Parti terlebih dahulu, iaitu Dr Mahathir sendiri selaku Pengerusi Pribumi. Laporan ini telah dilaporkan dalam The Star Online. Kenyataan tersebut jelas membuktikan bahawa Dr Mahathir masih ingin terus berkuasa dan menguasai PH seperti yang diduga oleh kebanyakan penganalisis dan komentator politik. Itu sebabnya dalam rancangannya, beliau tidak memasukkan agenda membebaskan Anwar Ibrahim sebagai prasyarat utama. Beliau mahu Anwar terus meringkuk dalam penjara agar Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Sebenarnya, secara konsensus parti pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAN telah pun menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri mereka se...