Skip to main content

Buku Tun Musa Hitam - Frankly Speaking (Berterus-Terang)

 Ahad, 16 Zulhijjah 1437H, 18 September 2016 - Saya baru saja selesai membaca sebuah buku berjudul 'Frankly Speaking' yang dihasilkan oleh Tun Musa Hitam. Buku setebal 428 muka surat ini sarat dengan pelbagai pendedahan menarik dan diterbitkan dalam bulan Ogos 2016.

Tun Musa telah memikirkan untuk menghasilkan buku tersebut sejak 15 tahun lalu dan akhirnya berjaya menyiapkannya dalam masa 8 bulan saja.

Buku tersebut merakamkan pelbagai peristiwa hangat yang sebelum ini tidak diketahui oleh khalayak ramai. Beliau mendedahkan bahawa ia telah dituduh sebagai salah seorang dalang yang merancang untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Ini menyebabkan beliau meletakkan jawatan dan menyambung pelajaran di Universiti Sussex, London.

Tun Musa juga telah mendedahkan bahawa beliaulah orangnya yang mencadangkan nama Dr Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Hussein Onn.

Beliau juga menyatakan semasa peristiwa berdarah Memali berlaku, Dr Mahathir sebenarnya berada di Kuala Lumpur, Malaysia. Tidak seperti yang dilaporkan sebelum ini. Tun Musa dan Pemangku Ketua Polis Negara ketika itu, Datuk Amin telah bertemu Dr Mahathir untuk memaklumkan peristiwa tersebut.

Tun Musa juga menceritakan dalam satu perjumpaan para pemimpin UMNO, Dr Mahathir telah berucap kononnya terdapat seorang yang cuba menjatuhkannya. Tun Musa telah bertanya Tun Daim yang duduk sebelah beliau tetang siapa dia orangnya yang mahu menjatuhkan Dr Mahathir. Tun Daim berkata beliau tidak tahu siapa yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir. Untuk mengetahui perkara sebenar Tun Musa telah bertemu Dr Mahathir dan bertanya siapa yang beliau maksudkan. Dr Mahathir lantas menjawab "Youlah". Selepas peristiwa tersebut, Tun Musa telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau tidak boleh lagi bekerja bersama orang yang tidak mempercayai beliau.

Tun Musa juga mendedahkan tentang peranan AIDS untuk menjatuhkan beliau. AIDS yang dimaksudkan beliau ialah Anwar Ibrahim, Daim dan Sanusi. Dalam buku ini beliau turut memberikan pandangan tetang sikap Dr Mahathir dan DS Najib serta beberapa personaliti lain.

Di samping pelbagai pendedahan hangat, beliau turut menceritakan sedikit sebanyak tentang kisah keluarganya, alam persekolahan, universiti, ketika menjadi pemimpin pelajar di dalam dan luar negara, pertemuan, percintaan dan perkahwinannya dengan Datin Maria, penceburan awalnya dalam dunia politik, menjadi setiausaha politik, timbalan menteri, menteri dan timbalan perdana menteri.

Peristiwa paling sedih yang beliau alami ialah tentang kematian anaknya Carlos Rashid bersama menantunya semasa berlaku kejadian runtuhan Highland Tower.

Pelbagai kisah lagi telah dimuatkan dalam buku tersebut. Dengan membaca buku berkenaan, kita bukan saja dapat mengikuti kisah pahit manis Tun Musa dan prinsip perjuangannya, tetapi juga sejarah tanah air sebelum dan selepas Merdeka.

Tun Musa dilahirkan dari keluarga miskin. Ayah beliau bertugas sebagai Meter Reader dan mempunyai 10 orang adik beradik. Hanya beliau yang berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.



Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...