Skip to main content

Dr Haron Din Kembali Ke Rahmatullah

Jumaat, 14 Zulhijjah 1437, 16 September 2016 - Salah seorang pemimpim PAS yang amat saya sanjungi ialah Dr Haron Din. Beliau bukan saja sarat dengan ilmu agama dan perubatan Islam, malah berpandangan jauh, mendalam dan bersikap moderat.

Saya mendapati beliau amat mengutamakan perihal ukhwah dan perpaduan di kalangan umat Islam di Malaysia. Beliau adalah di antara para pemimpin PAS yang merintisi kerjasama dengan UMNO dan NGO Islam yang lain bagi memastikan umat Islam bersatu-padu, politik dan pentadbiran negara Malaysia terus dikuasai oleh Melayu Islam dan Agama Islam terus dijulang sebagai Agama Rasmi Persekutuan.

Pemergian Dr Haron Din pada jam 10.10 pagi waktu Malaysia di Hospital Stanford, San Franciso, Amerika (kira-kira 7.10 malam waktu San Francisco) amat diratapi dan dirasai oleh seluruh umat Islam di Malaysia, termasuk bukan Islam yang mengenali beliau. Beliau amat disenangi dan disegani oleh kawan mahu pun lawan. Kehilangan beliau adalah satu kerugian besar bagi umat Islam dan negara Malaysia kerana beliau telah dianggap sebagai Tuan Guru, ulama, pemimpin, kamus dan pakar rujuk mengenai Islam. Kehilangan beliau diibaratkan seperti kehilangan sebutir Bintang di langit yang menjadi penunjuk jalan dan panduan di bumi.

Saya harap, segala perjuangan beliau akan diteruskan demi persaudaraan dan kemajuan umat Islam di Malaysia.

Jenazah beliau dijangka akan disolatkan selepas Solat Jumaat, 16 September 2016 waktu San Francisco, dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam San Francisco, Amerika Syarikat.

Solat Jenazah Ghaib akan diadakan pada hari Sabtu, 17 September 2016, jam 9 pagi di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. Solat tersebut akan diimamkan oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Semua Muslimin Dijemput Hadir.

Al-Fatihah. Semoga Roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para anbia dan solihin. Aamiin.
              

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...