Skip to main content

Para Atlet Paralimpik Malaysia Disambut Meriah Di KLIA

Khamis, 20 Zulhijjah 1437H, 22 September 2016 - Saya tidak berlaku adil sekiranya saya tidak merakamkan blog posting ini khas untuk para atlet paralimpik (paralimpian) kita yang telah pun selamat tiba di bumi Malaysia dengan membawa pulang tiga pingat emas dan satu gangsa. Satu pencapaian besar dalam sejarah paralimpik negara.

Sebelum ini kita amat mengharapkan pingat emas daripada para pemain badminton dan para penerjun kita di Sukan Olimpik Rio yang lepas. Malangnya, mereka tidak terdaya dan hanya mampu meraih 3 pingat perak dan satu gangsa.

Sebaliknya, paralimpian kita pula yang lebih menyerlah dan telah mengatasi pencapaian olimpian kita. Syabas dan Tahniah kepada semua paralimpian kita! Anda telah mengharumkan nama negara dengan mengibarkan jalur gemilang dan mengumandangkan lagu Negaraku di persada dunia.

My salute, Tabik hormat saya kepada wira-wira kita, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang memenangi emas dalam acara 100m T36 dengan mencatat masa 12.07 saat; Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 dengan lontaran 16.84m, Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh T20 dengan lompatan 7.6m dan Siti Noor Radiah yang meraih pingat gangsa dalam acara lompat jauh T20.

Yang paling hebat sekali ialah Muhammad Ziyad dan Abdul Latif bukan saja memecahkan rekod paralimpik, malah turut memecahkan rekod dunia paralimpik. Sungguh membanggakan dan luar biasa sekali!

Di atas pencapaian luar biasa mereka, setiap pemenang pingat emas akan mendapat bonus RM1 juta dan pencen RM5,000 setiap bulan sementara pemenang pingat gangsa mendapat bonus RM200,000 dan pencen RM2,000.

Saya amat bangga sekali kerana secara kebetulan mereka semuanya adalah anak Melayu. Siapa kata anak Melayu tidak hebat di persada dunia. Mereka telah pun membuktikannya! Mereka memang layak memperolehi ganjaran dan pencen tersebut kerana mereka adalah Orang Istimewa dan Kurang Upaya. Orang sebeginilah yang harus kita utamakan.

Mereka kini sedang diarak meriah dari KLIA menuju ke KLCC dan Kampung Pandan, pusat latihan mereka.

Saya harap kejayaan mereka ini akan menjadikan mereka lebih bersyukur.  



    

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...