Skip to main content

PAS Tolak Bersih 5.0 Dan 'Arab Spring'

12 Muharram 1438H, 13 Oktober 2016 - Pucuk pimpinan PAS telah menolak Bersih 5.0 dan Demonstrasi Jalanan ala 'Arab Spring'. Mereka berbuat demikian kerana telah mengetahui niat dan tujuan sebenar Bersih diadakan. Bersih yang bermula dalam tahun 2007 sebagai sebuah NGO yang memperjuangkan 'Free and Fair Election', kini telah bertukar corak sebagai sebuah NGO Politik yang bersekongkol dengan DAP untuk mendapatkan Kuasa Politik di Malaysia.

Pada tahun lepas, Bersih 4.0 gagal tanpa penyertaan PAS. Hanya 10% orang Melayu yang menyertainya, selebihnya dipenuhi oleh kaum Cina dan bangsa lain yang menjadikan Himpunan tersebut agak perkauman. Pada tahun ini, sekiranya Bersih 5.0 dibenarkan berhimpun, mereka akan gagal sekali lagi tanpa penglibatan PAS. Bukan itu saja, sebilangan kaum Cina yang menyertai Himpunan pada tahun lalu, tidak akan menyertainya lagi kerana telah bosan dengan Demonstrasi Jalanan yang diadakan saban tahun. Mereka mendapati ia hanya membuang masa, tenaga, wang ringgit serta menggugat ketenteraman awam. Matlamat masih tidak tercapai kerana pertukaran pucuk pimpinan dan Kerajaan hanya boleh dilakukan menerusi Pilihan Raya.

Gambaran ini dapat dilihat daripada beberapa rali jelajah yang mereka adakan sekarang. Di Pulau Pinang sendiri mereka tidak mendapat sokongan yang diharapkan. Kebanyakan sambutan yang mereka perolehi adalah hambar.  

Terbaru, Presiden PAS, DS Hadi Awang telah menolak rancangan Demonstrasi Jalanan ala 'Arab Spring'. Beliau berkata ia hanya akan menimbulkan suasana huru-hara. Beliau turut memberikan contoh apa yang berlaku di beberapa buah negara Arab sekarang yang berpunca daripada 'Arab Spring'. 'Arab Spring' dipercayai didalangi oleh kuasa Barat yang mahukan dunia Arab terus bergolak agar negara Israel terus selamat tanpa sebarang gangguan.  

Saya amat menyambut baik penderian PAS di atas. Sebagai sebuah negara demokrasi, Demonstrasi Jalanan tidak akan mengubah Kerajaan. Hanya pilihan raya yang boleh menentukan pertukaran pucuk pimpinan dan Kerajaan. Sehubungan itu, kita harus tunggu saja PRU-14 yang mungkin diadakan pada tahun 2017 atau selewat-lewatnya 2018.

Bersih 5.0 harus ditolak kerana ia hanya mengundang keresahan, kebimbangan dan ketakutan rakyat, terutama sekali kaum Melayu Islam dan Bumiputera. Setiap kali ia diadakan, ia akan mencetuskan kerisauan rakyat, terutama sekali mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur. Bukan itu saja, ia akan turut menggugat perniagaan para peniaga di sekitar Jalan Tuanku, Kampung Baru dan Chow Kit. Ia juga akan menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk di sekitar Kuala Lumpur yang boleh menggangu dan menyekat pergerakan kenderaan, terutama sekali pergerakan Ambulan yang membawa para pesakit, Bomba yang menjalankan tugas mencegah kebakaran dan Polis yang melaksanakan operasi membanteras jenayah. Sebenarnya, Bersih 5.0 ini lebih banyak menimbulkan keburukan daripada kebaikan.                              

Oleh itu, saya syorkan agar Bersih 5.0 ini dibatalkan saja. Jangan berikan permit Himpunan kepada mereka atau kepada sesiapa saja yang boleh menggugat ketenteraman awam. Tanpa 'Kuning' tidak akan wujud 'Merah'. Merah hanya wujud kerana mereka berasa terancam. Saya berpendapat, jangan beri permit Himpunan kepada Kuning mahupun Merah. Kita mahu keamanan di Malaysia.

We want peace in Malaysia. Majority of Malaysians are peace loving people. We do not want any racial or political chaos or any 'Arab Spring'. We want to live happily and harmoniously in diverse society. Just ban the Yellow and Red Demonstration! Without them, we will live in peace, and just cross the ballot papers when the time comes.      


* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa berniat jahat atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without prejudice, malice or any external influence.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...