Jumaat, 27 Muharram 1438H, 28 Oktober 2016 - Semalam merupakan Ulang Tahun Ke-29 Ops Lalang. Pada hari tersebut, 27 Oktober 1987, seramai 106 orang telah ditahan di bawah Akta ISA. Mereka termasuk ahli parlimen, ahli politik, aktivis sosial, ahli akademik, penulis dll. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, mendiang Karpal Singh, Dr Chandra Muzafar dan beberapa orang lagi turut ditahan. Permit penerbitan akhbar The Star, Watan dan Sin Chew Jit Poh telah digantung. Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri ketika itu ialah Dr Mahathir yang dianggap autokratik.
Kini, Dr Mahathir telah bertukar wajah dan warna, melakukan pelbagai U-Turn serta menjadi seorang 'True Demokrat' yang kononnya memperjuangkan keadilan sosial, ekonomi dan politik. Berteraskan pegangan terbarunya ini, beliau telah bersekongkol dengan mereka yang pernah beliau penjarakan dulu demi menjatuhkan sebuah Kerajaan demokratik pilihan rakyat dan parti yang beliau pernah terajui. Sehubungan itu, saya berpendapat, beliau harus memohon maaf kepada orang-orang yang beliau penjarakan dulu di bawah Ops Lalang kerana beliau kini telah berubah falsafah perjuangan.
Persoalannya sekarang, mahukah beliau memohon maaf. Saya yakin beliau tidak akan memohon maaf kerana dengan berbuat demikian beliau seolah-olah telah mengaku akan kesalahannya di masa lalu. Dr Mahathir tidak akan berbuat demikian dan memohon maaf, sebaliknya akan berkata beliau telah membuat keputusan yang tepat pada ketika itu demi keselamatan dan keamanan negara.
Bagaimana pula reaksi Lim Kit Siang dan rakan-rakannya yang lain. Mahukah beliau menuntut maaf daripada Dr Mahathir. Beliau pasti tidak lupa akan kejadian tersebut kerana telah merengkok dalam penjara selama lebih setahun. Saya berpendapat, Lim Kit Siang tidak akan menuntut maaf kerana Dr Mahathir sekarang telah menjadi sekutunya dan kuda tunggangannya yang terbaik untuk menjatuhkan kerajaan UMNO/BN pimpinan Melayu Islam.
Walaupun mereka tetap saling curiga mencurigai dengan falsafah dan ideologi perjuangan yang berbeza, gabungan ini mereka lihat sebagai platform terbaik untuk merealisasikan impian mereka selama ini iaitu untuk menumbangkan Kerajaan BN dan memerintah Malaysia dengan DAP selaku parti paling dominan.
Seperti saya katakan dalam blog posting saya yang lalu, gabungan mereka ini hanyalah satu Marriage of Convenience. Seperti biasa, Marriage seperti ini akan sentiasa bergolak, tidak akan bertahan lama dan bakal merudum menyembah bumi.
* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.
* The opinion given is purely mine without prejudice or malice, and without any external influence

Comments