Jumaat, 17 Jamadilawal 1442H - 1 Januari 2021M
Sayonara 2020 dan Selamat Datang 2021.
Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca. Tahun 2020 baru saja berakhir, dan saya harap Tahun Baru 2021 akan membawa harapan dan sinar baru kepada kita semua, sama ada dari aspek kesihatan mahupun ekonomi.
Saya rasa seperti baru semalam saya menyambut Tahun 2020, dan kini telah muncul Tahun 2021 pula. Begitu pantas masa berlalu!
Sebenarnya, masa tidak berlalu pantas. Ia berlalu seperti ribuan tahun dulu, 24 jam sehari. Manusialah yang berlalu pantas dengan pelbagai kesibukan dunia sehingga mereka merasakan masa terlalu singkat dan bergerak begitu cepat.
Sambutan Tahun Baru 2021 di Malaysia tidaklah segah dan semeriah tahun-tahun lepas. Tiada Countdown Rasmi dan Tiada Kemeriahan Tembakan Bunga Api bagi mengelak kesesakan orang ramai yang akan melonjakkan penularan wabak Covid-19.
Agak sunyi kali ini kerana kita masih diselubungi awan gelap Wabak Covid-19 dan kemerosotan ekonomi dunia.
Seperti biasa, setiap kali Tahun Baru muncul, kita akan mengalu-alukannya dengan pelbagai azam dan resolusi baru. Tetapi, pada tahun ini, resolusi kita agak berbeza. Sudah pasti kita akan memberi prioriti kepada kesihatan dan keselamatan kita, memutuskan rantaian serta membendung penularan Covid-19 dan usaha mencergaskan kembali kelembapan ekonomi kita.
Sehingga kini, Covid-19 yang bermula di Wuhan, China pada Disember 2019, telah menjangkiti lebih 80 juta manusia dan meragut lebih 1-7 juta nyawa di seluruh dunia.
Paling teruk terjejas ialah negara Amerika Syarikat, India, Brazil, Eropah dll. Sehingga kini lebih 19 juta rakyat Amerika telah dijangkiti Covid-19 dan lebih 300,000 telah menemui ajal. Angka ini kian meningkat saban hari.
Di Malaysia, lebih 100,000 rakyat telah dijangkiti Covid-19, hampir 90,000 telah pulih dan lebih 400 telah meninggal dunia.
Mulai Disember 2020, Vaksin Pfizer dan Moderna telah mula disuntik kepada jutaan rakyat Amerika, Eropah, termasuk Singapore bagi mengekang penularan Covid-19. Terdapat beberapa penerima Vaksin tersebut yang mengalami kesan sampingan seperti reaksi alergi, pening kepala, demam, lemah badan dan Otak Sebu (Brain Fog).
Mengikut sebilangan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Amerika, reaksi tersebut membuktikan Vaksin berkenaan berfungsi. The reactions showed that the Vaccines work.
Di Malaysia, rakyat Malaysia dijangka akan mendapat dos pertama mereka pada awal atau pertengahan tahun 2021 sebaik saja Kerajaan menerima bekalan pertama daripada pengeluar vaksin-vaksin tersebut. Prioriti akan diberikan kepada para petugas bahagian hadapan (the Frontliners) dan warga emas yang mudah terdedah kepada jangkitan Covid-19,
Untuk menghadapi serta mengatasi semua kemelut ini, kita tidak boleh duduk diam dan berpeluk tubuh saja. Kita perlu bangkit semula dan terus melangkah ke hadapan dengan positif bagi meneruskan kehidupan. Kita tidak boleh mengalah. Jika tidak, kita akan tewas dan kecundang.
Syarikat-syarikat perlu berusaha mencergaskan kembali perniagaan mereka bagi meningkatkan ekonomi di sambing mewujudkan peluang pekerjaan. Mereka yang hilang pekerjaan perlu mencari pekerjaan baru atau perlu mencipta pekerjaan sendiri dengan menjadi Bos Sendiri.
If you are unemployed, create your own jobs and be your Own Boss. Di zaman Siber sekarang, pelbagai bentuk pekerjaan boleh dicipta sendiri untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kita boleh cari idea baru dengan berfikir secara Kreatif, Produktif dan Positif.
Setiap orang dilahirkan dengan kemahiran dan kebolehan yang tersendiri. Manfaatkan kemahiran dan kebolehan yang ada dengan mencipta pekerjaan sendiri. Asalkan pekerjaan tersebut sah dan mematuhi undang-undang negara!
Di samping itu, jangan lupa, kita perlu sentiasa menjaga kesihatan sesama kita dengan mengamalkan SOP yang digariskan oleh pihak Kerajaan.
In Sya Allah, dengan bantuan Allah, pematuhan SOP dan penggunaan Vaksin tidak lama lagi, kita akan dapat menangani Wabak ini, memperkasakan semula ekonomi kita dalam Tahun 2021 dan menjalani kehidupan seperti dulu.
Saya harap penggunaan vaksin-vaksin ini akan menjadi Game Changer yang membawa sinar dan harapan baru kepada tahun 2021.
Buat sementara waktu, kita perlu banyak bersabar dan terus berusaha bersungguh-sungguh tanpa jemu bagi mendepani Tahun 2021.
"Orang Gagal Ialah Mereka Yang Putus Asa. Selagi Anda Tidak Putus Asa, Selagi Itulah Anda Tidak Gagal." Teruskan Usaha.
"Never Say Die Attitude Is The Best Attitude. Sikap Tidak Mahu Mengalah Adalah Sikap Juang Yang Unggul." Jadikan motto ini sebagai Azam dan Resolusi Baru anda pada Tahun 2021.
In Sya Allah, anda akan berjaya mengharungi dan mengatasi apa jua rintangan pada tahun ini dan muncul dengan kejayaan cemerlang.
Rakyat Malaysia perlu sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan. Malaysia menutupi tirai tahun 2020 semalam dengan Ledakan 2,525 kes positif! Amat tinggi dan mencemaskan!
Selamat Tahun Baru 2021 sekali lagi. Kita Jaga Kita, In Sya Allah, Allah Akan Jaga Kita.
Tamat
Comments