Isnin, 27 Jamadilawal 1442H - 11 Januari 2021 Sekolah-sekolah di Malaysia dijadualkan dibuka pada 20 Januari. Pada tarikh tersebut, ribuan pelajar dan ibu bapa dijangka akan membajiri sekolah-sekolah walaupun dalam suasana kes Covid-19 yang masih tinggi sekarang. Semalam, Malaysia mencatat 2,433 kes Covid-19, satu angka yang masih membimbangkan. Di Malaysia, pembukaan sekolah di hari pertama adalah ibarat satu pesta. Ribuan pelajar, termasuk murid-murid Darjah Satu dan para ibu bapa akan memenuhi kawasan-kawasan sekolah di seluruh Malaysia. Keadaan ini bakal menyulitkan pihak berkuasa untuk mengawal dan membendung penularan Covid-19 yang kini telah berada dalam komuniti kita. Untuk menangani situasi ini, saya berpendapat, cuti sekolah sekarang harus dilanjutkan sehingga bulan Februari demi kesihatan dan keselamatan para pelajar, ibu bapa dan orang ramai. Saya harap, dengan langkah dan SOP yang lebih ketat oleh Kerajaan tidak lama lagi, angka sekarang akan dapat dikurangkan kepada angka...