Skip to main content

Ledakan Covid-19 Di Awal Tahun

Sabtu, 25 Jamadilawal 1442H - 9 Januari 2021

Baru sembilan hari kita menyambut Tahun Baru 2021, kita telah digemparkan dengan ledakan 3,027 kes baru Covid-19 pada hari Khamis dan 2,643 kes semalam. Rekod tertinggi sejak Covid-19 mula menular di Malaysia dalam bulan Disember 2019.    

Tindakan tegas perlu diambil untuk mengekang Wabak ini! 

Bagi menghadapi dan mengatasi gelombang terbaru ini, PM dijangka akan membuat pengumuman penting pada hari Isnin, 11 Januari 2021. 

Mungkinkah Malaysia bakal berdepan semula dengan PKP atau PKPD di beberapa kawasan zon merah dan negeri ekoran lonjakan mendadak kes Covid-19 ini? Segala-galanya terserah kepada budibicara dan kebijaksanaan PM. 

Saya berpendapat, pendekatan dua serampang (two-prong approach) perlu diambil segera bagi menangani situasi sekarang. Pertama, Kerajaan perlu ambil langkah komprehensif dan strategik dengan pengenalan SOP yang lebih ketat bagi mengekang penularan Covid-19. Kedua, terus berusaha untuk mencergaskan semula pertumbuhan ekonomi negara. 

Kes Covid-19 mula meledak sebaik saja PRK Sabah berakhir pada tahun lepas. Sejak dari itu, ia tidak pernah surut, malah semakin bertambah saban hari. 

Ia semakin melonjak apabila kebenaran merentas negeri diberikan kepada para penduduk Semenanjung. Susulan daripada kelonggaran tersebut, ramai telah menyeberangi sempadan negeri, sama ada untuk mengunjungi sanak saudara ataupun bercuti ke pelbagai pusat peranginan. Kebebasan pergerakan ini didapati telah banyak menyumbang kepada peningkatan kes sekarang.    

Sesuatu tindakan bijak dan drastik perlu diambil segera sebelum situasi semakin meruncing. Jika tidak, kita bakal berdepan dengan ledakan penularan jangkitan yang lebih dasyat dan kemerosotan ekonomi.

Saya juga berpendapat, PKP atau PKPD perlu dilaksanakan segera secara terancang dan teratur di beberapa kawasan zon merah dan negeri dengan SOP yang lebih ketat. Kebebasan pergerakan antara daerah dan negeri perlu dikekang semula sehinggalah angka sekarang turun ke paras yang tidak membimbangkan. 

Bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara tidak terjejas, perkhidmatan-perkhidmatan, kilang-kilang dan syarikat-syarikat penting perlu dibenarkan beroperasi dengan mematuhi SOP yang lebih ketat. Para pekerja perlu dibenarkan bekerja dari rumah (WFH) bagi mengelak penularan jangkitan, sementara sebahagian lagi yang perlu hadir ke pejabat atau kilang, perlu diberikan kebenaran Polis dengan syarat-syarat yang lebih ketat.

Dengan tindakan tegas pihak Kerajaan dan pematuhan SOP oleh rakyat Malaysia, saya yakin kita akan dapat membendung serta menurunkan semula angka jangkitan yang sangat menakutkan ini.

Saya harap, impak terhadap kehidupan kita sekarang akan dapat dikurangkan sebaik saja kita mula menerima suntikan Vaksin pertama yang dijangkakan pada bulan depan (Februari) tahun ini.      

In Sya Allah, Allah Akan Jaga Kita Sesudah Kita Jaga Kita  .

- tamat -

* Pandangan di atas adalah Pendapat peribadi Penulis tanpa prejudis. 

  

             

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...

Ledakan AI (AI Explosion)

 Apa itu AI? Ia kini riuh diperkatakan di mana-mana saja. Ia sudah menjadi satu Buzzword di seluruh dunia. Bukan itu saja, ia bakal Meledak di tahun ini, 2025!  AI yang dimaksudkan ialah Artificial Intelligence. Satu Kebijaksanaan Buatan yang dapat membantu kemajuan manusia dalam pelbagai perkara dengan pantas. Kita kini berada dalam fasa Generative AI dan akan beralih ke fasa lebih hebat, Agentic AI (SuperIntelligence) AI kini diasaskan oleh beberapa buah syarikat AI terkenal seperti OpenAI, Google (Gemini), Apple, Samsung dll. Samsung dipercayai telah melancarkan AI terkininya menerusi Galaxy Unpacked S25 pada 22 Jan 2025. AI akan menstruktur semula peranan industri, ekonomi, pendidikan, perubatan dan pekerjaan di seluruh dunia. Dari menyedia dan memproses pelbagai maklumat dan data besar dalam masa yang singkat, hinggalah kepada mempercepatkan proses pengilangan, pengeluaran, pembuatan dan pekerjaan.  Contohnya:- a. Jika kini, sebuah kilang dengan pekerja yang ramai da...