Skip to main content

Perangi Covid-19 Dan Pulihkan Ekonomi

Rabu, 29 Jamadilawal 1442H - 13 Januari 2021 

Telah tiba masanya sekarang untuk kita menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha memerangi Covid-19 serta memulihkan kembali Ekonomi Negara setelah PKP, PKPB, PKPP dan Darurat dilaksanakan,  

Pelaksanaan langkah-langkah ketat ini adalah tepat pada masanya ketika Wabak Covid-19 sedang memuncak dan ketika ekonomi negara sedang beransur pulih.

Kita tidak boleh leka dan alpa lagi, dan perlu terus melangkah ke hadapan untuk membendung penularan jangkitan Wabak ini serta merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara.

Kita semua perlu bersatu padu dan berganding tenaga ke arah matlamat tersebut.

Kita perlu ketepikan perihal politik, kuasa dan kepentingan peribadi buat seketika. Tumpukan fokus dan prioriti kepada kemaslahatan rakyat dan ekonomi negara.

Selaku pemimpin, kita perlu menampilkan teladan yang baik. Pemimpin sebenar ialah pemimpin yang mengutamakan kepentingan rakyat ibarat Lilin Membakar Diri Untuk Menerangi Orang Lain. Bukan ibarat Pokok Dedalu yang hanya mementingkan diri sendiri.  

In Sya Allah, dengan kerjasama ikhlas kita semua, kita akan dapat mengurangkan angka Wabak ini menjelang bulan Februari serta membolehkan anak-anak dan cucu-cucu kita kembali semula ke sekolah untuk menimba ilmu yang telah lama tercicir.

- tamat -

* Pandangan ringkas di atas adalah pendapat peribadi Penulis tanpa berniat serong. 



      

  

         

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...