Skip to main content

About Me

Welcome to my Webblog. I started my career at Klang Port Authority, Malaysia in early 70’s. After few years with the Port, I joined a Public Relations Consultants firm, Eric White Associates Sdn Bhd, a member of Hill And Knowlton Group, a world-renowned US-based Public Relations Company. Our main clients comprised of  multi-national companies including The Standard Chartered Bank, Colgate-Palmolive, Kontena Nasional, KPA, KL City, KTMB, Australian Embassy, Australian Apple And Pear Company, etc.

During my stint with Eric White Associates (EWA), I had the opportunity to work with late Mr Felix Abisheganaden, former Group Chief  Editor of NSTP, Malaysia, Pn Hajah Hamidah Karim, former Senior Lecturer of Public Relations, UiTM, Mr Keith Sargeant, an Australian PR Consultant and Mr Tony Danker, a former Chief Sport Editor of  Malay Mail and The Star. I also underwent Intensive In-House International Public Relations Training, Intensive Diploma Translation Course with Dewan Bahasa Dan Pustaka and Intensive Diploma Public Relations Course with The Institute of Public Relations Malaysia, plus lots of exposures to the PR worlds.

I left the company few years later to be my own boss, and set up a small translation agency, Al-Sadiq Consultants, with an office at Wisma Datuk Dagang, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Public Relations Companies and Advertising Agencies were my main clients, like Eric Pringle Associates, Prestige Communications, Burson-Marstellar, Bostock Muhammad, Shandwick, Golf Malaysia, Utusan Malaysia, Electrolux Malaysia, etc.

Years of commuting from Klang to KL, really taxed my strength, energy and times. On top of that, my age was also catching up and my children were growing up and in need of my attention. After a few sleepless and restless nights, I decided to embark on a different journey. I said to myself, “Enough is enough, no more commuting, find an alternative”.

The alternative, with all the scientific gadgets around, I decided to become a freelance translator/writer with a home office in  Klang. That’s where I am now, squatting in my own small house with a wife and five working children. With just a simple computer, printer, fax machine, internet line, telephone line and cell phone as back-ups, plus loads of guts and confidence, I am now earning a decent living as a freelance translator/writer/blogger, to continuously supporting my family as a responsible bread-winner.

I will be writing the blog in English and Malay to cater for international and local blog readers. My experiences, thoughts and views on various interesting subjects will be shared and exchanged. Hence, your constructive and productive comments are welcomed and will be replied if necessary.

Thanks.


Regards and Cheers,
Ibrahim Mohd Idrus


Tentang Diri Saya

Selamat membaca Webblog saya. Saya memulakan kerjaya saya di Lembaga Pelabuhan Klang pada awal 70-an. Selepas beberapa tahun di LPK, saya sertai sebuah syarikat Perunding Perhubungan Awam, Eric White Associates Sdn Bhd, anggota kepada Hill And Knowlton Group, sebuah syarikat Perunding Perhubungan Awam Antarabangsa terkemuka yang beribu pejabat di Amerika Syarikat. Para pelanggan utama kami ketika itu terdiri daripada pelbagai syarikat antarabangsa termasuk Colgate-Palmolive, Standard Chartered Bank, Kedutaan Australia, Australian Apple And Pear, Kontena Nasional, KPA, KTMB, Bandar Raya Kuala Lumpur, dll.

Semasa bertugas di EWA, saya berpeluang bertugas bersama mendiang Felix Abisheganaden, bekas Ketua Editor Kumpulan NSTP, Malaysia, Pn Hajah Hamidah Karim, bekas Pensyarah Kanan Perhubungan Awam, UiTM, Mr Keith Sargeant, Perunding Perhubungan Awam Australia dan Tony Danker, bekas Ketua Editor Sukan Malay Mail dan The Star. Di samping itu, saya juga berkesempatan mengikuti latihan intensif Perhubungan Awam dalam-pejabat di EWA, mengikuti kursus intensif Diploma Terjemahan di Dewan Bahasa Dan Pustaka serta mengikuti kursus intensif Diploma Perhubungan Awam di Institut Perhubungan Raya Malaysia, Kuala Lumpur.

Selepas beberapa tahun bersama EWA, saya membuka sebuah syarikat Terjemahan, Al-Sadiq Consultants di Wisma Datuk Dagang, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Para pelanggan saya ketika itu terdiri daripada beberapa buah Syarikat Perhubungan Awam, Syarikat Pengiklanan dan Akhbar seperti Eric Pringle Associates, Prestige Communications, Burson-Marstellar, Shandwick, Bostock Muhammad, Electrolux Malaysia, Utusan Malaysia, Golf Malaysia, dll.

Lama saya berulang-alik dari Klang ke Kuala Lumpur. Ada kalanya saya tiba lewat di pejabat kerana kesesakan jalan raya dan sering tiba rumah selepas waktu Maghrib. Masa yang banyak terbuang di jalan raya dan kepenatan berulang-alik telah membuatkan saya memikirkan alternatif lain. Setelah berfikir panjang, saya membuat keputusan nekad dan berani untuk beroperasi dari rumah sebagai seorang penterjemah/penulis bebas (freelancer) dan blogger. Lagi pun, dengan bantuan pelbagai peralatan canggih sains dan teknologi masa kini, kita boleh menyara hidup dari sebuah sudut di rumah sendiri. Cara sebegini banyak dilakukan di Amerika Syarikat dan Eropah.

Dengan berbekalkan sebuah komputer, talian internet, mesin faks, pencetak dan telefon bimbit, serta keberanian, ketabahan, kecekalan dan keyakinan diri yang tak pernah luntur, saya memulakan kerjaya baru sebagai seorang penterjemah/penulis bebas/blogger di rumah sendiri di Klang.

Saya akan menulis blog saya ini dalam Bahasa Melayu dan Inggeris untuk tatapan para pembaca blog tempatan dan luar negara. Pandangan dan pendapat mengenai pelbagai perkara menarik akan saya lontarkan untuk dikongsi bersama dan dibicarakan. Segala komen dan teguran membina daripada anda semua amat dialu-alukan. Saya akan menjawab jika difikirkan perlu.

Jutaan Terima Kasih dan Wassalam.
Ikhlas,
Ibrahim Mohd Idrus

Comments

mohad said…
salam.. apa khabar...
Aziz Rahman said…
Assalamualaikum, hebat Tok Yim...Alhamdulillah....

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...

Ledakan AI (AI Explosion)

 Apa itu AI? Ia kini riuh diperkatakan di mana-mana saja. Ia sudah menjadi satu Buzzword di seluruh dunia. Bukan itu saja, ia bakal Meledak di tahun ini, 2025!  AI yang dimaksudkan ialah Artificial Intelligence. Satu Kebijaksanaan Buatan yang dapat membantu kemajuan manusia dalam pelbagai perkara dengan pantas. Kita kini berada dalam fasa Generative AI dan akan beralih ke fasa lebih hebat, Agentic AI (SuperIntelligence) AI kini diasaskan oleh beberapa buah syarikat AI terkenal seperti OpenAI, Google (Gemini), Apple, Samsung dll. Samsung dipercayai telah melancarkan AI terkininya menerusi Galaxy Unpacked S25 pada 22 Jan 2025. AI akan menstruktur semula peranan industri, ekonomi, pendidikan, perubatan dan pekerjaan di seluruh dunia. Dari menyedia dan memproses pelbagai maklumat dan data besar dalam masa yang singkat, hinggalah kepada mempercepatkan proses pengilangan, pengeluaran, pembuatan dan pekerjaan.  Contohnya:- a. Jika kini, sebuah kilang dengan pekerja yang ramai da...