Skip to main content

Sokong Titah Ucapan Raja Muda Perak

Saya 100% bersetuju dan menyokong titah ucapan Baginda Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang menyeru agar bangsa Melayu perlu kuat daripada segala aspek, terus gagah, berhati cekal, bersemangat waja, berupaya mendaki gunung tinggi serta bertenaga menyeberangi lautan luas.

Baginda juga bertitah adalah malang jika bangsa Melayu menerima nasib bagaikan dagang di kampung sendiri dan terpaksa bermusafir di bumi sendiri, serta tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.

Raja Dr. Nazrin Shah bertitah demikian pada majlis Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) baru-baru ini.

Selain itu, Baginda juga bertitah, “Bisikkan kepada mereka akan petua orang-orang tua bahawa kiambang adalah kiambang, biduk berlalu bertautlah ia.

“Pesankan kepada mereka jangan terlalu cepat bermusuh dengan kawan dan jangan terlalu ghairah bersahabat dengan musuh kerana sejak zaman dahulu lagi, terlalu banyak musang berbulu ayam dan terlalu banyak sokong membawa rebah.

“Ingatkan mereka akan sejarah bangsanya yang bernegara berlandaskan adat rakyat bersultan, negeri beraja.”

Titah Baginda Raja Muda Perak itu perlu disemat buat selama-lamanya di dalam hati sanubari dan benak kita, orang-orang Melayu yang beragama Islam.

Comments

Anonymous said…
Dear Ibrahim,

Dulu Melayu kita bersatu melalui UMNO, tapi sekarang Melayu pula berpecah melalui UMNO juga. Apakah tiada penyelesaian dalam permasalahan ini selain daripada Pak Lah meletakkan jawatannya.

Perlukah kita hanya perlu menunggu dan mengharapkan kepada UMNO sahaja? Adakah UMNO merupakan parti yang perlu memimpin negara ini. Dalam isu ini, seolah-olah rakyat perlu memilih UMNO sebagai parti tunjang yang layak memimpin negara ini. Saya tidak menyalahkan UMNO. UMNO lah yang banyak berjasa kepada rakyat Malaysia. Tetapi silapnya para pemimpin menggunakan UMNO sebagai jalan skim cepat kaya mereka.

Oleh itu, kesilapan daripada mereka sendiri yang menggunakan UMNO, bukan untuk berjuang, tetapi untuk medapatkan durian runtuh. Rakyat sudah tidak ada pilihan lagi, Nak x nak kena tolak UMNO jugak. UMNO sudah tidak relevan lagi. Kalo ada parti lain yang wujud seperti UMNO skrg, kemungkinan PR (Pakatan Rakyat) perlu berusaha semula untuk naik seperti skrg ini.

Thanks!

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...