Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Diplomat Yang Tidak Diplomatik

Seorang Diplomat yang mewakili negaranya seharusnya bersikap diplomatik dengan mengutamakan perihal perhubungan baik antara dua buah negara. Tetapi, ini tidak berlaku pada Duta China, Dr Huang Huikang yang telah mencetuskan kontroversi dengan melawat Petaling Street sehari sebelum satu lagi Red Shirt Rally dijangka berlaku. Beliau kononnya telah mengunjungi Petaling Street sempena Mid-Autumn Festival yang disambut oleh kaum Cina. Soalannya, mengapa beliau pilih Petaling Street, bukannya Bukit Bintang, Plaza Low Yat atau tempat-tempat lain untuk mengagihkan Moon Cakes. Sebenarnya, beliau telah bermain politik, bukannya bersikap diplomatik. Bukan itu saja, beliau turut memberikan kenyataan kepada para wartawan bahawa Negara China menentang Keganasan, Ektremisme dan Diskriminasi Kaum serta 'menjaga kepentingan perniagaan warganegaranya'. Apakah yang dimaksudkan oleh beliau itu, terutama sekali mengenai 'menjaga kepentingan perniagaan warganegaranya'? Adakah ia bermaksu...

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Hari Raya Korban, Hari Raya Aidil Adha Disambut Umat Islam Di Seluruh Dunia Di Mekah, Jemaah Haji Menunaikan Rukun Kelima Di Seluruh Dunia, Korban Dilakukan Sebagai Ibadah Utama Semuanya Dilaksanakan Demi Allah Yang Maha Esa Semoga Diterima Dan Memperolehi KeredhaanNya Selamat Hari Raya Aidil Adha Maaf Zahir Bathin Daripada Kami Sekeluarga Semoga Allah Terima Segala Pengorbanan Kita Dunia Akhirat, Selamat Dan Bahagia Sepuluh Jari Disusun Rapi Ampun Dan Maaf Dipinta Seikhlas Hati  - Daripada Ibrahim Mohd Idrus Sekeluarga A Blessed Eid Al Adha To All Muslims Throughout The World - From Ibrahim Mohd Idrus

Himpunan Rakyat Bersatu Capai Matlamat

Tun Dr Siti Hasmah telah memuji Bersih 4.0 sebagai The People Power (Kuasa Rakyat). Saya ingin meminjam kata-kata beliau bahawa Himpunan Rakyat Bersatu adalah juga The People Power. In fact, the Himpunan is More Powerful than Bersih in terms of numbers and voices. Himpunan Rakyat Bersatu telah berakhir dengan Aman dan Berjaya. Hanya sedikit insiden dan kekecohan berlaku di Petaling Street yang menjadi Hiccup kepada Himpunan tersebut. Itupun mungkin disebabkan oleh Excitement para peserta atau DiSabotaj oleh pihak luar. Pada keseluruhannya, ia telah berjaya menghimpunkan kira-kira 200,000 peserta dengan mesej yang jelas terhadap Kerajaan, Orang Melayu Islam, Rakyat Malaysia dan DAP.   Para peserta Himpunan mula meMerahkan Kuala Lumpur seawal 7.30 pagi 16 Sept. dan mula berarak ke Padang Merbok pada jam 1.30 petang dari pelbagai arah dan lokasi di Kuala Lumpur. Dengan berbaju merah saga serta membawa pelbagai sepanduk dan kain rentang protes, mereka telah menunjukkan Kesepakata...

Selamat Hari Malaysia Ke-52 Dan Selamat Himpunan Rakyat Bersatu

Selamat Hari Malaysia Ke-52 sempena memperingati penubuhan Negara Malaysia pada 16 September 1963. Sambutan tahun ini disambut di Kota Kinabalu. Selamat Himpunan Rakyat Bersatu sempena memperkukuhkan lagi perpaduan Rakyat untuk mempertahankan Kerajaan Sekarang yang telah dipilih oleh Rakyat secara demokratik, mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Kontrak Sosial, Rukun Negara, Negara Malaysia dan lain-lain. Himpunan Rakyat Bersatu ini diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Kuala Lumpur telah membenarkan Pesaka (Persatuan Silat Malaysia) mengadakan Himpunan Aman di Padang Merbok pada 16 September 2015 sempena Hari Malaysia Ke-52. Mengikut TS Mohd Ali Rustam, Pengerusi Pesaka, Himpunan Rakyat Bersatu dianjurkan oleh Pesaka, dan seluruh Rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa dan agama dijemput menyertainya. Mereka berjanji akan mengadakan Himpunan tersebut secara aman damai tanpa sebarang provokasi serta mematuhi undang-undang nega...

Bersih 4.0 - Satu Rahmat Tersembunyi Bagi PAS, UMNO Dan NGO Melayu

Demonstrasi Bersih 4.0 telah pun lama berlalu. Apa yang mereka telah capai? Jawapannya, hanya dua - Berjaya dan Gagal! 1. Berjaya menganjurkan demonstrasi paling besar berbanding B 1, B 2 dan B 3. Berjaya mengumpulkan 90% demonstrator Cina. Berjaya mengadakan demonstrasi dengan aman walaupun pelbagai sepanduk dan gelagat mereka berbaur penghinaan, hasutan dan perkauman. Berjaya merenggangkan keharmonian kaum. Berjaya mendapat publisiti antarabangsa untuk kepentingan Political Master mereka. Berjaya mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia. Dipercayai Berjaya mengumpul dana sebanyak RM2.5 juta. Dipercayai Berjaya mendapat dana daripada NED, NDI, OSI dan DAP. Berjaya mengangkat martabat DAP sebagai peneraju utama Demonstrasi. Sebaliknya, ia juga merupakan Satu Rahmat Tersembunyi. A Blessing In Disguise for PAS, UMNO and Malay Muslim NGOs! Berjaya Mencelikkan Mata Orang Melayu Islam. Berjaya Menyedarkan Orang Melayu Islam. Berjaya Menyatu Padukan Kembali Orang Melayu Islam. Berj...

PAP Menang Besar

Seperti yang diramalkan, PAP telah menang besar dengan memenangi 83 buah kerusi daripada 89 kerusi yang ditandingi. Workers' Party hanya menang 6 buah kerusi. Kebanyakan rakyat Singapura masih memberi kepercayaan penuh kepada PAP untuk menerajui Singapura selama lima tahun lagi. PAP telah memerintah Singapura sejak 1965 dengan membawa pelbagai perubahan dan kemajuan termasuk menjadikan Singapura sebuah negara maju dan hab kewangan serantau. Mereka juga berjaya memantapkan kedudukan ekonomi serta mewujudkan sebuah bandaraya yang moden, tersusun dan bersih. Suasana perkabungan dan simpati yang masih menyelubungi Singapura selepas kematian Lee Kuan Yew dalam bulan Mac turut mendorong kepada kemenangan besar PAP. Pengaruh LKY masih dirasakan di negara pulau tersebut. Kempen Workers' Party telah mendapat sambutan luar biasa, malangnya ia tidak dapat diterjemahkan kepada undi kemenangan. Prestasi PAP kali ini adalah lebih baik daripada 2011 dengan peratusan majoriti yang meni...

Breaking News - Kren Tumbang Di Kawasan Saie Dan Tawaf

Breaking News - Sebuah kren tumbang di kawasan Saie dan Tawaf, Masjidil Haram, Mekah akibat angin kencang dan hujan lebat. Mengikut berita Update, seramai 87 orang jemaah haji meninggal dunia dan 184 orang cedera. Tabung Haji melaporkan 6 orang jemaah haji Malaysia turut cedera, 4 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Pihak berkuasa Iran memaklumkan 15 orang jemaah mereka juga cedera. Kejadian berlaku selepas Solat Asar, kira-kira jam 5 petang waktu Saudi Arabia. Butir-butir terperinci masih belum diperolehi. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Tabung Haji Malaysia di Tabung Haji Hotline 03-62071919.

Rakyat Singapura Mengundi Hari Ini

Seramai 2.5 juta rakyat Singapura akan keluar mengundi hari ini bagi menentukan parti mana yang akan terus memerintah mereka. Sebelum ini, PAP telah memerintah Singapura sejak tahun 1965 dengan kemenangan besar. Sebanyak 87 kerusi akan dipertandingkan dan parti pembangkang yang diterajui oleh Workers' Party akan menandingi semua kerusi. Pilihan Raya kali ini dijangka sengit dengan pelbagai isu menarik seperti masalah Pekerjaan, Penjagaan Kesihatan, Pendatang Asing dan Perumahan telah ditimbulkan oleh pembangkang.       PAP dijangka menang kerana berjaya menjadikan Singapura sebagai sebuah negara maju, sebuah pusat kewangan di rantau ini, mempunyai kedudukan kewangan dan ekonomi yang mantap, bandaraya dan jalanraya yang bersih. Walau bagaimanapun, parti pembangkang dijangka akan berjaya menambah beberapa kerusi kerana ramai rakyat Singapura tidak berpuas hati dengan masalah pekerjaan, penjagaan kesihatan terutama sekali untuk orang-orang tua, perumahan dan banjiran p...

Saya Dan Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan

Setiap kali Hari Kemerdekaan menjelma, peristiwa ini akan terbayang kembali dalam ingatan saya. Bertemu dengan seorang Pemimpin Negara adalah satu Sejarah, lebih-lebih lagi jika anda masih budak. Peristiwa ini berlaku ketika saya berusia 11 tahun dan sedang bermain-main dengan kawan-kawan Kampung Masjid di halaman Masjid Port Swettenham (kini dipanggil Masjid Samadiah, Port Klang). Seperti anak-anak kampung yang lain, selepas menunaikan solat Maghrib, kami akan bermain di halaman masjid untuk menunggu waktu Isya'. Ketika itu, ayah saya, Mohd Idrus (Allahyarham) dan rakan-rakannya, termasuk Pak Harun (Allahyarham), seorang Pegawai Imigresen, sedang berbual-bual dalam Masjid. Tiba-tiba, sebuah kereta berwarna hitam berhenti di depan laluan masuk ke halaman masjid. Ketika itu, tidak banyak kereta kelihatan di jalan raya, lebih-lebih lagi sebuah kereta besar. Jalan raya agak gelap kerana lampu jalan hanya dipasang di tempat-tempat tertentu. Sejurus kemudian, seorang lelaki berb...