Skip to main content

Selamat Hari Malaysia Ke-52 Dan Selamat Himpunan Rakyat Bersatu

Selamat Hari Malaysia Ke-52 sempena memperingati penubuhan Negara Malaysia pada 16 September 1963. Sambutan tahun ini disambut di Kota Kinabalu.

Selamat Himpunan Rakyat Bersatu sempena memperkukuhkan lagi perpaduan Rakyat untuk mempertahankan Kerajaan Sekarang yang telah dipilih oleh Rakyat secara demokratik, mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Kontrak Sosial, Rukun Negara, Negara Malaysia dan lain-lain. Himpunan Rakyat Bersatu ini diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Kuala Lumpur telah membenarkan Pesaka (Persatuan Silat Malaysia) mengadakan Himpunan Aman di Padang Merbok pada 16 September 2015 sempena Hari Malaysia Ke-52.

Mengikut TS Mohd Ali Rustam, Pengerusi Pesaka, Himpunan Rakyat Bersatu dianjurkan oleh Pesaka, dan seluruh Rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa dan agama dijemput menyertainya. Mereka berjanji akan mengadakan Himpunan tersebut secara aman damai tanpa sebarang provokasi serta mematuhi undang-undang negara. Matlamat Pesaka ialah bagi menyuarakan hasrat mereka untuk mempertahankan:

1. Kerajaan Sekarang yang telah dipilih secara demokratik oleh Rakyat Malaysia.
2. Perlembagaan Persekutuan yang memaktubkan pelbagai perkara termasuk Hak Istimewa Orang Melayu, Agama Islam sebagai Agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi. Hak Bumiputera, Hak Orang Cina, India dan lain-lain.
3. Kontrak Sosial yang telah diterima dan dimeterai oleh para pengasas Kemerdekaan.
4. Rukun Negara
5. Negara Malaysia yang tercinta daripada ancaman anasir-anasir luar dan lain-lain.

Mereka percaya, sekiranya seluruh Rakyat Malaysia berpegang teguh kepada perkara-perkara di atas, Negara dan Rakyat Malaysia akan hidup aman, makmur dan bahagia. Mereka juga mahu memastikan agar perkara-perkara tersebut tidak lagi ditimbul, diungkit dan dipersoalkan oleh sesiapa.      

Himpunan ini akan turut disertai oleh Kumpulan Baju Merah yang juga telah menyatakan hasrat mereka untuk berhimpun secara aman damai tanpa sebarang provokasi, mematuhi segala undang-undang negara serta mengikut arahan Polis. Mereka dijangka akan berkumpul di pelbagai tempat di sekitar Kuala Lumpur sebelum berarak ke Padang Merbok. Selain menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan Pesaka, mereka berhimpun untuk mencerminkan Perpaduan Erat di kalangan orang-orang Melayu Islam.

Beberapa jalan utama di Kuala Lumpur akan ditutup untuk memberi laluan kepada Kumpulan Baju Merah. Pihak Polis Trafik dan Polis Kuala Lumpur akan memantau serta mengawal Himpunan berkenaan.  

Saya berharap dan berdoa agar Himpunan tersebut berlangsung secara aman damai, tanpa sebarang provokasi, tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini dan tidak menyentuh isu-isu sensitif yang berbaur perkauman. Tunjukkanlah peribadi mulia Orang-Orang Melayu dan Islam yang sebenar. Jangan ikut gelagat demonstrator Bersih 4.0 yang Very Uncivilised. Adakan Himpunan tersebut secara aman dan bersatu padu sejajar dengan semangat Hari Malaysia Ke-52.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...